“Ya Rabbi, tolonglah awatlah abang ni perasan!” Farrin menarik batang tubuh isterinya ke dalam pelukan, semakin erat dipeluknya.
“Farrin Bilal hanya cintakan Aimee Aurielle seorang, tiada dua atau tiga hanya dia seorang.” bisik lelaki itu. Aimee tersenyum senang. Satu sisi suaminya yang dia suka. Lelaki itu pandai membuat hatinya berbunga-bunga girang, duka jadi tawa dan tangis jadi canda.
“Aimee Aurielle pun cintakan Farrin Bilal Lillahi Taala kerana Allah!” balasnya seraya mendakap erat suaminya.
“Sayang…” Panggil Farrin .
“Em..” Jawab Aimee yang masih tenggelam dalam pelukan suaminya.
“Azan Isya’ dah masuk. Jom solat dulu. Lepas ni kita sambung gusti tangan ke, gusti WWE kea tau gusti manja-manja nak tak,” bisik Farrin dengan nada nakal sambil diikuti dengan kenyitan mata penuh makna.
“Abang ni kuat beul bergurau…” Si isteri mengetap bibir geram, sungguh dia tak berdaya mengubah perangai semulajadi suaminya yang suka mengusik dan kelakar ini.
Masing-masing bingkas bangun dari katil dengan hilaian tawa yang dikawal maklumlah azan sedang berkumandang. Begitulah kehidupan mereka yang secara rasminya dijalani sejak setahun lalu meski usia perkahwinan mereka mahu menjengah dua tahun. Hanya baru-baru ini mereka merasa nikmat rumahtangga dan cinta sebenar. Sungguh tiada yang terlambat dalam bercinta apalagi ia aturan kerja Tuhan, tiada siapa yang dapat menandingi perancangan Tuhan.
Siapa sangka Farrin Bilal dan Aimee Aurielle, dua insan yang memulai perhubungan sedari alam remaja dengan gaduh hingga mengundang benci yang disimpan bertahun lamanya, akhirnya disatukan dan cinta yang dihadiahkan oleh Allah mengatasi segala kebencian menjadikan mereka pasangan yang saling mencinta dan semakin utuh, semuanya kerana niat mahu bercinta hingga ke syurga Allah.
Semoga akan ada ramai lagi para pecinta dan kekasih-kekasih seperti Farrin dan Aimee yang bertemu cinta lewat bibit benci, biar menjadi bukti hidup bahawa cinta punya kuasa bisa meruntuhkan banteng kebencian sesama manusia. Bukankah dunia lebih indah bila kita saling menyinta?
Share this novel