“Stop it! Abang! Berhentilah kacau,” Aimee mencebik bibir, pening memikirkan suaminya yang suka ssangat mengusik
“Ish sayang ni, mana ada abang kacau sayang. Abang cuma tengok ajelah,” ujar Farrin dengan pandangan nakal. Besar kecil besar kecil mata Aimee memandang suaminya.
“Lapar ke? Abang pergilah kat dapur tu. Makanlah apa yang ada, Aimee nak buat kerja ni janganlah kacay,” rayu Aimee. Bengang betul hatinya, suaminya kalau tiada sebarang tugasan di hospital ada kerja lain yang dilakukannya di rumah hingga tak tenang hidup jadinya, apalagi kalau bukan menyakatnya hingga susah dia menulis buku.
“Sayang Abang bosanlah. Sayang tu kalau dah mengadap laptop, sampai ke malam tak berhenti, abang yang kacak ni terus tak dipandang. Entah imaginary guy manalah yang ambil alih tempat abang di alam maya awak tu,” Farrin merajuk membuatkan Aimee tergelak melihat telatah tiga suku suaminya itu.
“What? Kacak? Can you please excuse me while I want to puke?” usiknya. Farrin memeluk tubuh tanda protes.
“Abang reti bosan ke? Pergilah main game, main guli atau congkak.” Ujar Aimee seraya berhenti menaip lalu menutup laptopnya. Ditatap wajah suaminya yang sudah memuncung itu. Eh time time macam ni pulak dia tunjuk aksi comel, ni yang buat tak tahan ni.
Aimee menarik lembut tangan suaminya namun Farrin masih masam mencuka. Naik lemak pula dia diperlakukan seperti itu. Sekali-sekala apa salahnya, dahlah hari-hari bekerja masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Nak menggedik manja dengan pun susah. Adakalanya dia terpaksa bertapa di hospital tu, asal balik je mesti si isteri dok melekat sahaja di depan laptop.
Nak melarang tak sampai hati maklumlah si isteri tak pula mengganggunya atau pernah menyuruhnya berhenti dari membedah orang apatah lagi ketika bertugas. Pendek kata kedua-dua mereka saling menghormati antara satu sama lain.
Bukan dia tak tahu Aimee, sungguh fokus dan khusyuk orangnya, kalau dah mulai mengadap laptopnya, suami lalu depan mata pun dia boleh buat tak perasan. Adakala bila rajuk datang, dia merasa dia cuma suami di dunia khayalan Aimee. Tapi nak buat macam mana dalam rumah tangga kenalah bertolak ansur.
“I’m sorry abang.” Lembut suara Aimee menutur kata maaf sedang Farrin masih keras membisu.
“Abang, marah kat aimee ke? Dah tak sayang Aimee ke?” soalannya itu disambut sunyi tanpa suara.
“Abang, memang tak nak maafkan Aimee ?” Masih tiada respon. Aimee mulai cuak bagai rasa mahu menangis.
“Abang, abang…” Suara dah bunyi seperti kucing tertelan biji saga.
“Tergamak abang tak pedulikan Aimee ,” rajuk wanitanya pula berganti.
“Tengok tu, siapa yang merajuk sebenarnya ni?” soal Farrin dengan muka bengis, Aimee mula mencebik bibir.
“Abang degil sangat kenapa. Aimee dah minta maaf pun buat tak layan aje, bukan sengaja, kan Aimee tengah bekerja. Tengah idea datang mencurah nilah abang nak sakat AImee” rajuk Aimee lagi. Farrin pula bagai rasa nak ketawa berdekah melihat muncung isterinya yang dah serupa itik itu. Kalau dah muncung begitu panjang terpaksalah dia surrender, pelan asal dia nak minta dippujuk sudahnya dia juga yang kena pujuk Aimee si budak banyak akal ni.
“Sayang, nak makan pizza Domino tak?” tanya Farrin dengan senyuman manja. Aimee menjeling, giliran Aimee pula kebingungan. Aik, laki aku surrender ke? Dia pujuk aku ke ni?
“Tak nak!”
“Aiskrim?” Aimee dah rasa nak hantuk kepala ke dinding. Apa punya gaya laki aku memujuk ni? Apa dia ingat bini dia ni kanak-kanak Ribena ke yang semudahnya disuakan jajan dan termakan umpan pujuk. No Way!
“Tak nak!”
“Dah tu sayang nak apa kalau semua tak nak?” Farrin mulai kibar bendera putih. Dia bab pujuk memujuk ni memang gagal!
Share this novel