BAB 8

Drama Completed 41047

Macam cerita kartun jer tapi itulah yang berlaku ke atas Surina. Saat keluarga berada dirumah tadi sampai di hospital mereka amat gembira selain daripada melihat Khairul sudah sedar Surina pula telah selamat melahirkan anak perempuan mereka. Khairul dimaklumkan tentang berita kelahiran ahli keluarganya yang baru itu. Syukur!

Khairul mengalirkan airmata kegembiraannya. Tapi dia tidak dapat menatap wajah anak kecilnya kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan itu. Kepalanya berbalut, terasa amat merimaskan, manakala kakinya tergantung bersimen. Azabnya hanya Allah yang tahu.

Melihat kepada keadaan dirinya sendiri, Khairul mengundurkan ingatannya pada masanya yang lalu. Teringat kembali bagaimana dia memperlakukan Surina, isterinya. Khairul akui memang Surina seorang isteri yang baik dan teramat penyabar. Tidak pernah dia melihat isterinya marah-marah. Jauh sekali hendak mengomel, membangkang dan mengingkari arahannya. Diam-diam airmata Khairul menitis perlahan-lahan. Kejamnya perlakuan dia terhadap isterinya. Dia benar-benar kesal. Selama ini pun Surina amat menjaganya dengan baik. Makan pakainya tersedia. Zahir batin terjaga. Tetapi Khairul tidak pernah hendak menghargainya. Ucap terima kasih pun tidak, jauh sekali hendak memberi hadiah apabila tiba hari bersejarah seperti harijadi atau pun hari ulangtahun perkahwinan mereka. Khairul terasa dirinya kejam amat kejam memang teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience