BAB 4

Drama Completed 41047

Petang itu Surina bersendirian lagi ke hospital. Temujanjinya dengan Dr. Mimi pukul 2, tapi jam 1.50 dia sudah terpacak menunggu. Ramai juga ibu-ibu mengandung yang lain sedang menunggu giliran masing-masing. Ini adalah temujanjinya yang kedua akhir sebelum tiba tarikh dia dijangkakan bersalin. Dijangkakan seminggu lagi hendak melahirkan. Tidak sabar rasanya Surina hendak menimang cahayamatanya yang ketiga itu.

Dia tidak kisah lelaki atau perempuan. Yang paling utama, anaknya lahir dengan sihat dan sempurna. Itu yang selalu dipohonnya setiap kali menunaikan solat. Dia juga mengamalkan surah Yusuf dan surah Mariam. Sepanjang mengandung, dia melipatgandakan masanya dengan mengaji Al Quran.

Anak-anaknya yang dua orang lagi juga tidak sabar hendak menerima kehadiran adik baru mereka. Anaknya yang sulung dan kedua, masing-masing berada di asrama. Yang sulung, lelaki. Yang kedua pula perempuan. Syukur ya Allah lengkap rasa bahtera rumahtangganya kerana dikurniakan sepasang anak yang comel dan bijak. Dan kini yang ketiga hatinya berdebar-debar. Seperti orang hendak bersalin anak sulung pula debarannya.

Mungkin kerana sudah lama berehat dari melahirkan itu yang membuatkan Surina merasa serba tak kena. Rasa takut, gembira, resah, gelisah semua bercampur baur. Namun kepada siapa hendak dia adukan perasaannya itu. Segalanya Surina pendamkan sendiri.

Setelah pemeriksaan dilakukan, semuanya berada di dalam keadaan yang baik. Surina bersyukur kerana dia dan bayi di dalam kandungannya sihat. Dia kemudiannya pulang semula ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience