AMPUNKAN AKU SAYANG

MOXX

Drama Completed 41053
4.3
(44 ratings)

Synopsis

Balasan yang diberinya hanyalah herdikan, bentakan dan kata-kata yang menghiris perasaan isterinya. Airmata Khairul yang semakin laju mengalir, disekanya perlahan. Ada lelehan hingus di hidungnya. Aduhai Khairul benar-benar kesal. Khairul terkenang lagi, satu ketika dulu pernah beberapa kali tangannya naik menyentuh anggota badan Surina. Ketika itu tiada langsung perasaan belas kasihannya. Surina di terajang, terperosok di celah sofa. Sebabnya hanya kerana Surina bertanyakan ke mana dia pergi hingga lewat malam baru pulang. Khairul menekup mukanya hibanya makin menjadi-jadi. Dia terbayang bagaimana Surina bangun perlahan-lahan mengesat darah di dahinya yang terhantuk di bucu almari di ruang tamu rumahnya. Ya, Tuhan lelaki jenis apa aku ini. Patutlah Kau siksa aku dengan keadaan sebegini. Aku terima, Ya Allah. Lama sudah aku tidak sujud padaMu. Lama aku melupakanMu.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

MOXX

15771 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience