BAB 9

Drama Completed 41047

Balasan yang diberinya hanyalah herdikan, bentakan dan kata-kata yang menghiris perasaan isterinya. Airmata Khairul yang semakin laju mengalir, disekanya perlahan. Ada lelehan hingus di hidungnya. Aduhai Khairul benar-benar kesal. Khairul terkenang lagi, satu ketika dulu pernah beberapa kali tangannya naik menyentuh anggota badan Surina. Ketika itu tiada langsung perasaan belas kasihannya. Surina di terajang, terperosok di celah sofa. Sebabnya hanya kerana Surina bertanyakan ke mana dia pergi hingga lewat malam baru pulang.

Khairul menekup mukanya hibanya makin menjadi-jadi. Dia terbayang bagaimana Surina bangun perlahan-lahan mengesat darah di dahinya yang terhantuk di bucu almari di ruang tamu rumahnya. Ya, Tuhan lelaki jenis apa aku ini. Patutlah Kau siksa aku dengan keadaan sebegini. Aku terima, Ya Allah. Lama sudah aku tidak sujud padaMu. Lama aku melupakanMu. Aku lupa bahawa rezeki yang Kau anugerahkan itu adalah atas hasil doa isteri dan anak-anak ku jua. Ya Tuhanku, ampunkan aku ya Allah. Aku hampiri minuman yang kau haramkan itu. Hasilnya bila aku mabuk, aku sudah tidak kenal lagi isteriku lalu aku perlakukan dia seperti binatang saja. Khairul meneguk air liur sendiri apabila dia teringat akan perlakuan-perlakuan kejamnya terhadap Surina.

Namun begitu, Surina memang seorang isteri yang sangat sabar amat tabah. Tidak pernah sedikit pun Surina melawannya apatah lagi hendak melemparkan kata-kata nista terhadap Khairul. Malah Surina hanya berdiam diri. Layanannya terhadap Khairul sedikit pun tidak pernah berubah seperti awal perkahwinan mereka dahulu. Kasihnya tidak beranjak. Sayangnya tetap utuh. Itulah Surina .Kesabaran yang sememangnya jarang ada pada manusia biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience