BAB 1

Drama Completed 41047

‘’Fuhh.. fuhhh.. fuhhh…’’

‘’Alllahhu Akhbar, Allahu Akhbar..’’

Tercungap-cungap Surina mengusung perutnya yang memboyot pergi membuang sampah. Berbeza kali ini Mengandungkan anaknya yang ketiga ini, Surina mudah merasa penat sedikit. Mungkin faktor umur agaknya.

Ketika mengandung anaknya yang pertama dan kedua dulu, segar saja dia. Masa tu umurnya 24 dan 27. Sekarang umurnya dah mencecah 40. Kehamilan yang dia sendiri tidak duga. Bukan tidak mahu menerima pemberian Allah swt cuma Surina dan suaminya, Khairul tidak menjangkakannya.
Namun mereka tetap bersyukur berbanding pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak langsung.

“Abang, tolong Ina bang..’’

“Alahhh! Tolong apa pulak ni. Aku tengah baca paper , kau tak nampak ke?” jawapan Khairul itu telah membantutkan niat Surina hendak meminta pertolongan dari suaminya. Memang suaminya macam tu. Liat benar hendak membantunya melakukan kerja rumah. Bukan sehari dua Surina mengenali suaminya malah tahun ni genap 17 tahun usia perkahwinan mereka. Memang Surina banyak bersabar dan beralah dengan suaminya. Padanya, dia menerima suaminya itu seadanya. Walaupun agak malas membantunya tetapi dari segi yang lain, Khairul seorang suami yang baik. Tidak pernah dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience