bipppp bippp
deringan telefon bimbit Surina .Tertera nama abang, bermakna suaminya yang membuat panggilan.
“Assalamualaikum bang”, Surina menjawab panggilan itu.
“Waalaikumsalam. Eh, aku tak dapat ambik kau petang ni. Kau balik sendiri nanti”, Khairul memberi pesan atau mungkin lebih mudah difahami, memberi arahan.
Belum sempat Zarina menjawab, talian telah diputuskan. Surina sedikit hampa kerana Khairul langsung tidak bertanya tentang pemeriksaannya dengan doktor tadi. Petang itu Surina menaiki bas pulang ke rumah. Penat yang dirasakannya tidak terkira.
Malam itu Surina menanti kepulangan Khairul Dia memandang ke jam di dinding ruang tamunya. Lagi sepuluh minit hendah menjejak ke angka 12. Surina semakin resahia risaukan Khairul.. Berkali-kali Surina cuba menghubungi telefon bimbit Khairul ,namun hampa. Telefon bimbit Khairul dimatikan. Mungkin kehabisan bateri agaknya, Surina berfikir positif. Dia tidak mahu buruk sangka terhadap suami kesayangannya itu. Akhirnya dalam keresahan itu, Surina terlena.
Kringg kringg’
sayup kedengaran deringan telefon. Surina bingkas bangun lalu menjawab panggilan itu.
Share this novel