BAB 11

Drama Completed 41047

Pagi itu Surina sempat melawat Khairul .Kebaikan berada di hospital yang sama hanya wad saja yang berbeza. Hari itu Surina sudah dibenarkan pulang ke rumah. Jadi, dia mengambil kesempatan itu untuk menjengah suaminya yang tersayang.

“Abang saya discaj tengahari ini. Saya dah boleh balik ke rumah. Tapi nanti saya tak dapat lah nak melawat abang sebab abang faham-faham jela saya kan dalam pantang masuk workshop kata orang”, sempat lagi Surina bergurau.

Khairul tersenyum mendengar gurauan Surina itu. Jari jemarinya menggenggam erat jari jemari Surina. Hatinya berbunga bahagia. Kasihnya seolah-olah baru mekar semula. Anak matanya merenung anak mata Surina

“Kenapa abang?’’

“Ina, abang nak minta maaf, selama ini abang…’’

Cepat-cepat Surina menekup mulut suaminya dari meneruskan kata-katanya itu. Surina menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Sudah abang jangan teruskannya lagi saya sentiasa memaafkan abang saya sayang abang sepenuh hati saya macam kita mula-mula bercinta dulu abang jangan lupa tu ya” terus Surina mengucup tangan suaminya berkali-kali. Airmata sepasang suami isteri itu tumpah sebagai saksi betapa kasih sayang mereka terus utuh.

“Terima kasih, Ina. Abang pun sayangkan Ina. Tetapi abang tidak menjalankan amanah yang Allah pertanggugjawabkan pada abang. Abang tak jaga Ina dengan baik selama ini. Itu yang abang minta Ina maafkan abang. Masa abang koma, abang terdengar bisikan doa Ina tu. Abang rasa abang dapat semangat dan dengan segala kekuatan dariNya abang sedar sayang.”

“Mohonlah maaf padaNya, abang. Jangan lupakan Dia lagi ya” pesan Surina pada Khairul.

Khairul mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengesat deraian airmatanya yang semakin laju mengalir. Terasa berdosa benar dia bila terimbas kenangan sebagaimana dia memperlakukan isterinya yang baik itu. Kenangan yang berlegar-legar di kepalanya seolah-olah satu penyiksaan terhadapnya. Tapi Khairul menginsafinyaterlalu insaf dan paling bersyukur bila Allah masih mahu memanjangkan usianya dan dapatlah dia bertaubat dia mensyukuri itu kerana Allah masih menyayanginya.

“Ina, baik2 balik nanti yer. Ashraf yang akan hantar Ina nanti. Abang dah minta adik abang tu tolong hantar Ina dan anak kecil kita ke rumah. Mak abang akan menjaga Ina seminggu dua ni.”

“Terima kasih, abang. Hanya keluarga abang yang Ina ada”.Surina anak yatim piatu .dia tiada ayah dan ibu. Adik beradik lain pun tiada. Hanya keluarga Khairul tempatnya mengadu dan menumpang kasih.

“Bagaimana keadaan baby kita? Meragam macam ayahnya atau baiknya macam ibunya?” Khairul pula bergurau.

Surina tersenyum “Baby ok bang. Harap-harap anak kita tu mewarisi sikap yang baik-baik dari kita”.

Beberapa minit di situ, Surina meminta diri. Berkali-kali tangan Khairul dikucupnya. Begitu juga Khairul .Dia mengucup dahi isterinya sambil berpesan supaya Surina tidak perlu risau tentang keadaannya dan meminta Surina menjaga diri baik-baik sepanjang tempoh pantang selama 44 hari itu.

************

Khairul memerhatikan Surina pergi. Dalam hatinya berbisik

“Pergilah sayangku. Abang sentiasa mendoakan yang terbaik buat isteri abang yang terlalu mulia ini. Abang teramat menginsafi dengan aral yang melanda abang sekarang ini tetapi abang menerimanya sebagai satu pengajaran atas kesilapan yang pernah abang lakukan. Cuma abang pohon sokongan moral darimu sayang agar abang akan memperolehi kekuatan untuk berubah. Yang pasti sekarang ini hati abang sudah benar-benar insaf. Abang tidak mahu menyakitimu lagi sayang. Tidak sabar abang hendak sihat seperti sediakala abang mahu sujud ke hadratNya menangisi kesilapan dan dosa-dosa abang yang lampau.”

Walau kasih Khairul dan Surina kembali menyatu, namun tidak pernah sesaat berlalu untuk Khairul tidak menyesali dan menangisi segala perbuatannya menzalimi isterinya.
‘’Ampunkan abang sayang… Ampunkan abang sayang…’’ bisik Khairul dalam hati.

Share this novel

nor
2020-06-04 14:10:54 

uhh sedihnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience