Rate

3 (2)

Romance Series 15981

Tan Sri Iskandar membelek cermin kereta Toyota Camry kepunyaanya sebaik saja tiba di Vila Cenderawasih. Dia menunda penerbangan ke Jepun dan pulang ke Malaysia untuk melawat Bella sekali gus merencanakan perancangan yang telah lama direncana bersama Tengku Hariz dan Tengku Maria.
Tan Sri Iskandar melihat-lihat cermin keretanya. Dilihatnya, cermin keretanya itu molek sahaja. Langsung tiada sebarang kerosakan. Pasti Pak Mail sudah menukarkan dengan yang baru.
"Selamat pulang Tuan Besar. Tuan Besar apa khabar?" Mak Jah selaku ketua pembantu rumah yang menjaga kebersihan juga makan minum Bella, menyambut majikannya itu dengan penuh mesra. Bagasi Tan Sri Iskandar diambilnya penuh cermat.
"Saya baik Mak Jah. Mak Jah apa khabar, sihat? Puteri saya ada menyusahkan Mak Jah tak?"
"Mak Jah sihat. Princess baik aje dengan Mak Jah. Cuma hari ni angin dia tak berapa baik. Adalah tu hal dekat sekolah." Mak Jah memberi sedikit penjelasan terhadap keadaan Bella yang kelihatan agak cemberut sejak pulang dari sekolah. Sudah hampir 30 tahun dia menjadi orang gaji di rumah Tan Sri Iskandar, segala kisah Bella juga perangai gadis itu amat difahaminya.
"Hmm... Biasalah tu. Dia kalau tak cari pasal dengan budak-budak sekolah, mana lengkap hari dia."
"Amboi papa, sedapnya mulut mengumpat anak sendiri..." Bella yang sedari tadi memasang telinga akan perbualan papanya dengan Mak Jah, segera menyampuk.
Bella yang tadinya masih naik angin akan kejadian yang berlaku di Dewan Serbaguna Elit, melupakan seketika kemarahannya. Tangan papanya disalam penuh hormat sebelum tubuh papanya dipeluk erat.
"Welcome home, papa. I missed you a lot."
"Yes, Princess... Papa pun rindukan kamu."
Bella menyeringai sambil menarik tangan papanya agar duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.
Tan Sri Iskandar hanya mengikut langkah puteri nya itu. Terlalu rindu akan anak gadisnya yang satu itu sehingga lupa akan hal yang lain. Hal cermin kereta Toyota Camry yang kononnya akan menjadi isu perang besar bila dia berjumpa dengan anaknya itu hanya tenggelam begitu saja.
Bella duduk di sisi ayahnya.
"Hmm... Princess, papa dengar Mak Jah kata, Princess papa ni moody. Kenapa ya?"
"Biasalah papa, hal sekolah... Small matter. Papa berapa lama kat rumah ni? Sehari ke dua hari?" Bella bertanya dalam nada memerli. Bukan dia tidak tahu yang papanya itu tidak akan berada lama di rumah. Paling lama pun tiga hari. Selepas itu, pastilah papanya akan ke luar negara kembali. Namun, dia tidak pula ambil kisah. Asalkan papanya masih ingat menjenguk dirinya sebulan sekali, itu sudah memadai.
"Amboi, perli nampak. Kali ni, papa stay selama beberapa bulan. Ada hal penting yang nak dibereskan."
"Okey, baguslah kalau macam tu."
Tan Sri Iskandar mengeluh berat. Dia tidak boleh menangguh nangguhkan hal itu. Dia harus cepat beritahu sebelum semuanya tergendala. Berdebar-debar juga hatinya ingin menyatakan perancangan yang agak berbahaya itu. Mahu Bella mengamuk besar jika mengetahui niat sebenarnya.
"Princess, papa sebenarnya ada hal penting nak bincang dengan kamu."
"Apa papa? Papa nak suruh Bell ambik alih syarikat papa ke? Bell masih sekolah lagi. Tunggu lepas ada ijazahlah." Bella meneka sesuka hati.
Tan Sri Iskandar hanya menggeleng-geleng kepala sambil meneguk jus oren yang dihidangkan Mak Jah. Tekaknya terasa kering untuk memulakan bicara. Dia tidak pernah berbohong kepada puterinya sebelum ini. Namun, apa yang mahu dibincangkan ini adalah untuk masa depan anaknya. Dia perlu mengentalkan hatinya.
"Bukan. Ke papa nak suruh Bell kahwin dengan menantu pilihan papa? Sampai mati pun Bell takkan terima."
Tan Sri Iskandar tersedak. Tersembur jus oren yang berada di mulutnya. Tak menyangka yang Bella seperti dapat meneka saja perkara yang bermain di fikirannya.
"Betul ke papa nak kahwinkan Bell?!" Bella meninggikan suaranya.
Tan Sri Iskandar terkejut. Lamunannya mati begitu saja. "Ke situ pulak kamu ni, Princess. Taklah, sebenarnya papa kurang berpuas hati dengan pencapaian kamu dalam ujian juga peperiksaan mata pelajaran Additional Mathematic."
Tan Sri Iskandar menarik nafas lagi. Dia mengurut lembut dadanya. Bersedia untuk menghadapi sebarang jawapan daripada puterinya itu. Mungkin dia akan diserang sakit jantung jika Bella tiba-tiba lari dari rumah seperti satu ketika dahulu.
"Jadi?" Bella bertanya sambil membuntangkan matanya. Pelik juga kerana papanya tiba-tiba sahaja sibuk ambil tahu mengenai pelajarannya. Selalunya papanya tidak pernah ambil kisah.
Pencapaian mata pelajaran Matematik Tambahan Bella memang agak teruk. Dia tidak pernah mencapai gred melebihi gred C. Mata pelajaran lain memanglah dia teramat expert. Mungkin kerana dia terlalu malas untuk membuat latihan yang melibatkan pengiraan.
"Papa ingat nak upah seorang tutor peribadi untuk kamu supaya kamu dapat tingkatkan pencapaian kamu. Juga untuk dapatkan semua A dalam SPM." Agak keberatan Tan Sri Iskandar berbiacara. Melihat wajah Bella yang berkerut-kerut, lagilah dia berasa tidak sedap hati.
"Papa bukan apa, Princess. Kamu tahu kan kamu tu pewaris Maaple Corporation. Kalau kamu tak ada kelulusan yang baik, pasti orang pandang rendah pada kamu." Tan Sri Iskandar cuba menyakinkan puterinya.
Bella termenung sejenak.
"Okey. Bagus juga kalau ada tutor peribadi. Bell akan terima sesiapa pun untuk jadi tutor Bell dengan tangan terbuka. Tapi, Bell ada satu syarat."
Tan Sri Iskandar berdebar-debar apabila Bella meletakkan syarat. Tapi setelah mendengar syarat yang diberikan Bella, dia hanya tersenyum lebar dan terus bersetuju.

Share this novel

Vasenthy Chitra
2021-10-26 20:20:45 

next chapter plz


NovelPlus Premium

The best ads free experience