Rate

2 (4)

Romance Series 15981

Syamrein dudk di kerusi yang terdapat dalam bilik tidurnya. Sebuah bingkai gambar yang sudah bertahun disimpan, terletak cantik di satu sudut meja. Dia tersenyum kecil sebelum mengelus-elus lembut wajah gadis kecil yang berpegangan tangan dengannya dalam foto tersebut. Gambar yang diambil enam tahun lepas.
Syamrein merenung gadis kecil dalam foto itu dengan satu perasaan yang kerap dirasainya sebelum ini. Perasaan rindu yang menggebu-gebu datang tiba-tiba.
Syamrein telah pulang ke Malaysia lima bulan lepas setelah tamat menuntut pelajaran di luar negara. Setibanya di Malaysia, dia sudah berura-ura untuk menerjah ke rumah Tan Sri Iskandar untuk bertemu dengan anak gadis lelaki itu. Malangnya, kedua-dua ibu bapanya menghalang sama sekali tindakannya itu.
Mengikut kata ibu bapanya, anak gadis Tan Sri Iskandar sudah banyak berubah dan dia mungkin perlukan masa sebelum bertemu kembali dengan sahabat lamanya itu.
Syamrein agak pelik juga dengan pernyataan orang tuanya itu, namun tidak pula dia membantah cadangan kedua-dua ibu bapanya yang menyarankan agar dia bertemu dengan anak gadis Tan Sri Iskandar di lain waktu. Dan apa yang membuatkan dia bertambah pelik adalah apabila dia diminta untuk menjadi guru sambilan di Sekolah Tinggi Persendirian Omega. Namun, rancangan itu tetap diturutinya tanpa bantahan.
"Zyya, dah lama betul saya tak berjumpa dengan awak. Kata mama dengan papa, uncle Is kata awak dah banyak berubah. Dah tak suka menangis macam dulu. Kata mama, awak dah membesar dengan sangat cantik. Sampai hati awak langsung tak ingat untuk jumpa saya. Padahal, kita rapat masa kecil dulu. Awak tahu tak saya sangat rindukan awak."
"Ehem! Ehem!"
"Mama... terperanjat Syam."
Tengku Maria tersenyum manis ke arah anak bujangnya yang baru saja lima bulan pulang dari Amerika Syarikat setelah menamatkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.
Syamrein yang menyedari pandangan penuh makna ibunya segera meletak foto tersebut di tempat asalnya.
"Tak payahlah tenung lama-lama gambar tu, nanti kalau Syam dah jumpa dia, Syam lamarlah dia jadi menantu mama ya?"
"Apa yang mama merepek ni? Syam belum sedia nak kahwin lagilah mama. Syam cuma nak jumpa dengan dia aje. Dah lama betul Syam tak jumpa dia."
"Hmm... yalah tu. Rindu sangat nampaknya anak mama ni dekat anak uncle Is ya..." Tengku Maria menggiat.
Wajah Syamrein mula merah menahan malu yang datang tiba-tiba. "Mama..."
"Dahlah Syam, tak lama lagi jumpalah kamu dengan Zyya tu. Jom turun bawah, kita makan tengah hari bersama."
"Okey."
Syamrein dan Tengku Maria beriringan menuruni tangga vila mereka sebelum langkah mereka terhenti apabila Tengku Emylia Atikah nyaris-nyaris saja merempuh mereka dan meluru berlari ke meja makan.
Syamrein merengus geram. "Adik tu nak ke mana? Dalam rumah pun nak berlari ke?"
"Nak keluar dengan kawan-kawan dialah tu. Tu tak lainlah nak minta duit dengan papa."
Syamrein mengeleng-geleng kepala melihat adiknya yang sedang merengek-rengek manja ke arah Tengku Hariz yang sedang duduk di meja makan. Memang pandai membodek.
"Ika nak buat apa duit banyak macam tu? Baru aje minggu lepas papa masukkan RM5000 dalam akaun Ika, takkan seminggu dah habis kut..." Tengku Hariz memandang wajah puterinya itu. Puterinya itu memang agak kecil tubuhnya. Jika orang tidak mengetahui umurnya, pasti beranggapan anaknya itu masih berada di sekolah rendah.
"Duit tu ada lagi, tapi Ika malas nak keluarkan dari mesin ATM. Bolehlah papa... Seribu aje. Ika nak beli tiket konsert Girls Generation. Takut nanti dah sold out.
"Seribu aje? Adik ingat seribu tu macam seringgit ke? Papa jangan bagi muka dekat budak ni, jangan ikut aje permintaan dia. Tak habis-habis dengan konsert artis Korea dia tu." Syamrein yang kini sudah duduk di kerusi meja makan menyampuk perbualan ayah dan adiknya. Saja ingin menyakat adiknya itu. Bukan dia tidak tahu yang adiknya itu tidak pernah terlepas daripada menonton konsert artis-artis Korea yang bertandang ke Malaysia. Entah apa yang menarik sangat tentang artis negara itu jika hendak dibandingkan dengan artis tanah air sendiri.
"Alah, Abang Syam ni, sibuk aje. Adik tak minta duit dengan abang, adik minta dengan papa." Ika menjelirkan lidahnya ke arah Syamrein.
"Ika, tak baik cakap macam tu. Abang Syam kan abang Ika. Jangan jelir-jelir, nanti mama potong lidah tu baru tau." Tengku Maria menegur, kurang senang dengan perangai puterinya itu.
Syamrein tersenyum puas apabila melihat wajah adiknya yang membersut marah.
"Maaf, Abang Syam... Cepatlah papa... nanti akak marah kalau Ika lambat pergi mall." Ika masih menggesa papanya yang hanya tersenyum.
"Sejak bila pula kamu ada akak ni Ika? Abang Syam kamu belum kahwin pun..."
Syamrein tersedak kecik mendengar usikan mamanya.
"Mama ni... Apa isteri Abang Syam aje ke yang Ika boleh panggil akak? Akak angkat Ika jauh lebih baik daripada semua kakak dekat dunia ni."
Syamrein tersenyum sumbing. Bersungguh betul adiknya mempertahankan kawan baik yang telah dianggap sebagai kakaknya itu.
Syamrein mengetahui tentang hal kakak angkat adiknya itu daripada mamanya. Mengikut kata mamanya, adiknya memang tidak pernah keluar dengan orang lain kecuali dengan kakak angkat adiknya itu.
Tengku Maria sendiri hanya tahu cerita daripada Ika. Dia sendiri tidak pernah berjumpa atau bersua muka dengan kakak angkat anak gadisnya itu.
"Okay, then... Apa kata kalau abang bagi adik RM1000, tapi abang nak adik makan tengah hari dengan kite orang dulu. Lepas tu abang terus hantar adik ke mall?"
Ika melihat jam tangannya seketika. "Betul ni? Tapi janji makan tak lebih daripada 15 minit. Lepas tu abang terus hantar Ika ke pusat membeli-belah."
"Okey." Syamrein akhirnya menamatkan sesi meminta wang oleh adiknya. Sengaja dia ingin menghantar Ika ke pusat membeli-belah. Ada barang yang hendak dibelinya disana. Sejak menjadi guru di Sekolah Tinggi Persendirian Omega, banyak buku rujukan yang harus dibelinya. Tidak menyangka bahawa tugas menjadi seorang guru tidak semudah yang difikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience