Rate

2

Romance Series 15981

Syamrein membelek-belek beberapa buah novel yang tersusun molek di rak yang bertingkat-tingkat itu. Tidak ramai orang yang mengunjungi kedai buku itu. Mungkin kerana hari itu bukan hari minggu.
Mata Syamrein melekap pada sebaris novel Harry Potter yang tersusun cantik mengikut turutan tujuh episod mengikut kronologi. Dia yang sudah lama berniat untuk menyimpan koleksi novel tersebut, segera mahu mencapai novel itu. Namun, belum sempat tangannya mencapai, satu tangan lain telah mengambil buku itu.
"Maaf, awak nak novel ni ke?" Bella dengan selamba menyoal dan mengambil novel Harry Potter episod pertama yang baru saja ingin diambil Syamrein.
"Err... Cik, ada lagi tak novel Harry Potter episod pertama ni?" Syamrein bertanya kepada salah seorang jurujual ya g kebetulan lalu di situ.
"Tak ada encik, tu ialah stok terakhir kami. Semua episod tinggal satu buku aje. Bulan depan baru sampai stok baru." Jurujual itu menjawab sebelum berlalu.
"Emm... Tak apalah, saya beli episod yang lain sajalah. Cik boleh ambil novel tu." Syamrein tersenyum kecil apabila kata-katanya tidak didengari gadis itu.
Syamrein mengeleng-geleng kepala melihat gadis itu. Masakan tidak, sudahlah berpakaian seperti lelaki, berkaca mata hitam dan bertopi, satu headphone besar turut tergantung di telinga gadis itu. Tidak rimas ke berpakaian macam tu?
Bella sibuk melihat novel-novel lain yang berada di rak.
Syamrein membelek pula novel Harry Potter episod kedua dan seterusnya. Cuba tidak mengendahkan gadis pelik di sisinya. Baru saja tangannya mengapai novel Harry Potter episod kedua, sekali lagi novel tersebut diambil gadis yang sama. Dia lebih tercenggang apabila gadis itu mengambil tujuh buah sequel novel Harry Potter yang merupakan stok terakhir itu dan terus berlalu ke kaunter pembayaran.
"Maaf cik, saya nak bercakap sikit. Cik baru aje ambil semua novel yang saya nak beli." Syamrein yang tidak berpuas hati mendapatkan gadis yang tercegat berdiri di kaunter pembayaran. Nasib baik gadis itu sudah menanggalkan headphonenya.
Bella tidak menjawab soalan Syamrein. Dia hanya membelek-belek novel tebal yang bersusun di atas meja kaunter pembayaran. Tidak mengendahkan Syamrein yang berdiri di sisinya.
"Maaf, cik, boleh saya tanya? Apa novel-novel yang saya nak beli ni, ada ditempah oleh orang ni ke?" Bella bertanya kepada juruwang yang sibuk mengimbas kod harga yang terdapat di belakang setiap novel yang dibelinya itu.
"Tak ada, cik. Semua buku yang cik nak beli ni, tak ada orang yang tempah."
Jawapan daripada juruwang kedai buku itu mengundang senyum sinis dibibir Bella.
"Dengar tu. Jadi, siapa yang cepat ambil novel ni, dialah tuan punya novel." Selamba Bella bersuara. Dia membuka dompetnya dan mengeluarkan RM 400.00, lantas wang itu diserahkan kepada juruwang.
"Biadab sungguh!" Syamrein merengus geram. Tidak pernah dia berjumpa gadis bermulut lancang seperti itu.
"Kata orang, bercakap kat sekolah, pakai kayu untuk bagi pelajar dengar. Tapi, kalau bercakap kat bookstore, perlulah bagi duit cepat, barulah dapat beli buku yang dikehendaki."
Entah perumpamaan apa yang digunakan Bella, dia sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, wajah Syamrein sudah merah padam menahan marah apabila mendengar kata-kata sindirannya.
Syamrein yang malas berbalah dengan gadis pelik itu, segera saja meninggalkan kedai buku tersebut dengan perasaan bengang. Sumpah, dia tak pernah berjumpa dengan gadis biadab begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience