Rate

1

Romance Series 15981

"Oh, damn! Dah lambat!"
Bella membetulkan skirtnya yang tersingkap ke atas sebelum turun dari kereta Toyota Camry mewah milik papanya dengan terburu-buru. Dia memecut laju ke perkarangan Sekolah Tinggi Persendirian Merien.
Beberapa orang pelajar sudah terkandas di hadapan sekolah. Pengawal sekolah ni memang tidak makan gaji buta. Lambat sikit pun, jangan harap nak dibukanya pintu pagar. Betul-betul tegas dan ikut peraturan!
Bella mengeluh perlahan. Hari ini dia terlambat lagi. Ini semua gara-gara menonton drama Korea hingga lewat pagi. Sudahnya, terbangun lambat. Ada driver pun, tak pandai drift kereta macam filem 2 Fast 2 Furious. Kalau tak, mesti cepat sampai sekolah. Ceh! Aku ni, menyalahkan driver pula. Kalau naik kenderaan awam, basikal atau motosikal, pasti lagi lambat.
Satu benda yang aku suka pasal sekolah aku ni, sekolah aku bersebelahan dengan sebuah sekolah lain, Sekolah Tinggi Persendirian Omega. Apa yang bagusnya, pagar belakang Sekolah Tinggi Persendirian Omega mengalami kecederaan teruk dan hampir saja tidak berpagar di satu bahagian atas tindakan vandalisma para pelajarnya. Dan apa yang paling pasti, aku pun turut serta merobohkan sebahagian kecil daripada pagar itu.
Bella dengan segera berlari ke bahagian belakang Sekolah Tinggi Persendirian Omega dan memasuki sekolah itu melalui satu bahagian pagar yang telah terbuka dan rosak. Pantas saja dia berlari. Dia perlu sampai ke sekolahnya sebelum pukul 8.00 pagi. Kalau tak, mahu pekak telinganya mendengar bebelan pengetua. Sebagau penolong ketua pengawas, dia perlulah memberikan contoh yang baik kepada pelajar lain.
Bella berlari dan terus berlari di koridor bahagian belakang Sekolah Tinggi Persendirian Omega. Dengan yakin yang langkahnya tidak akan dilihat sesiapa, langkahnya terus diatur. Mujurlah legging sentiasa tersarung di kaki. Mudah untuk dia bergerak. Jika tidak, mahu rabak skirt berwarna kelabu yang dipakainya.
Tiba di satu selekoh, jantung Bella seperti mahu tercabut apabila dia terlanggar seorang pemuda dan menyebabkan fail-fail yang dipegang pemuda itu bertaburan di atas lantai. Spontan dia membantu pemuda itu mengutip semua fail yang berselerakan.
Syamrein terpaku, dari mana pula datangnya pelajar jelita bervest ungu dan berskirt kelabu di sekolahnya itu. Pelajar barukah? Uniform pelajar perempuan Sekolah Tinggi Persendirian Omega, berwarna firus. Setahunya, uniform yang dipakai gadis itu ialah uniform sekolah sebelah.
"Terima kasih awak...."
"Most welcome. Saya nak cepat ni. Maaf sebab langgar awak tadi. By the way... Awak handsome!"
Syamrein tercenggang seketika atas pujian mendadak gadis yang pasti bukan pelajar sekolahnya itu. Dia cuba mengikuti langkah gadis cantik itu, namun niatnya tidak kesampaian apabila namanya dipanggil guru lain.
Bella sudah tiba di tembok yang memisahkan Sekolah Tinggi Persendirian Omega dan Sekolah Tinggi Persendirian Merien. Dia membetulkan tali kasut, mengambil beberapa langkah ke belakang sebelum berlari dan melompat tembok yang berketinggian lebih kurang sepuluh kaki. Mujurlah ada sebuah kerusi buruk tersadai di situ, senanglah dia hendak meloncat.
"Mission completed!" Bella menjerit kecil setelah berjaya masuk ke sekolahnya seperti selalu. Rambutnya yang menggerbang sedari tadi, diikat ala-ala samurai. Vestnya dibetulkan. Tanda nama yang tercatat, penolong ketua pengawas, yang disimpan dalam beg sandang, dipakai kemas.
Bella mencapai sebatang penyapu lama yang disimpannya di satu sudut tangga sekolah sebelum berlari ke pintu pagar utama sekolahnya. Beg sandangnya awal-awal sudah dicampak ke tangga. Seperti tiada buku saja didalamnya.
Dari jauh kelihatan pengetua Sekolah Tinggi Persendirian Merien, Tuan Haji Bahrin Osman di sertai dengan guru disiplin sekolah, Cikgu Amir, sedang membebel ke arah para pelajar yang datang lewat. Kelihatan lebih kurang 20 orang pelajar datang lewat hari itu.
Bella yang sedari tadi berlari, menukar langkah dengan berjalan saja kearah dua gurunya itu. Langsung tiada riak takut pada wajahnya.
"Hah! Bella, puas saya cari kamu. Kamu ke mana?"
Suara pengetua yang sedari tadi tinggi, kini mulai kendur apabila melihat wajah pelajarnya yang satu itu. Masakan dia berani menengking-nengking anak pengarah juga pembina Sekolah Tinggi Persendirian Merien. Puteri tunggal jutawan terkenal Malaysia. Tan Sri Iskandar.
"Oh, saya sakit perut tadi, ke tandas. Salah makan sarapan agaknya." Selamba saja Bella menipu. Dia pasti yang kedua-dua gurunya itu tidak banyak soal. Mungkin takut dengan kuasa veto papanya.
"Kamu tengoklah Bella, kawan-kawan kamu ni, waktu pembelajaran dah bermula, dia orang baru nak datang sekolah. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali. Balik-balik muka dia orang ni jugak yang datang lambat.Tak tahulah cikgu nak cakap apa dengan kamu semua ni. Pelajar junior bolehlah cikgu maafkan, tapi yang dah nak tamat belajar ni pun masih nak datang lewat." Cikgu Amir membebel ke arah para pelajar yang diam membisu sedari tadi.
Sebenarnya bukanlah mereka takut akan pengetua juga guru-guru, tapi mereka semua berasa agak gentar melihat Bella yang membawa sebatang kayu bersama. Pelajar-pelajar senior buat muka selamba sahaja. Pelajar juniorlah yang diserang ketakutan yang amat.
Semasa orientasi, pelajar-pelajar junior sudah digembar-gemburkan dengan keganasan penolong ketua pengawas sekolah itu oleh senior-senior mereka. Bertambah menakutkan apabila perwatakan Bella hari itu jelas menggambarkan keganasannya.
"Dahlah cikgu, pengetua... Cikgu berdua pergilah buat kerja masing-masing, biar saya yang bagi nasihat kat budak-budak ni."
Bella menjeling tajam ke arah pelajar junior yang nyata memucat mendengar kata-katanya. Dia berpeluk tubuh sebelum memberi laluan kepada dua guru itu agar meninggalkan urusan tersebut kepadanya.
"Emm... saya serahkan kepada kamu ajelah. Pastikan mereka tak ulangi kesalahan ni lagi." Senang saja Tuan Haji Bahrin Osman membuat keputusan.
"Maaf cikgu, kenapa saya tak nampak Naz hari ni." Bella bertanya hairan.
Selalunya, Nazarul, merangkap ketua pengawas akan menyelesaikan permasalahan seperti itu.
"Oh... Naz ada, dia sibuk uruskan kertas kerja untuk pertandingan sorak yang akan berlangsung tak lama lagi." Cikgu Amir menjawab sebelum berlalu pergi dengan pengetua.
Bella tersenyun sumbing. Kertas kerja? Macam nak buat kerja pejabat aje. Kenapa pula nak suruh Naz? Cikgu kan ada.. Makan gaji buta aje ke?
"Hah! Aku tak puas hati betullah bila ada pelajar yang sengaja datang lambat ke sekolah. Balik-balik muka kau orang. Tak ada muka lain agaknya. Farhan, apasal kau lambat datang sekolah? Jawab dengan jujur sebelum aku hempuk kau dengan batang penyapu ni." Bella bertanya dengan muka bengis ke arah seorang pelajar junior yang kelihatan seperti mahu menangis.
Nama 'Farhan' tertera di tanda nama pelajar itu. Kalau tiada tanda nama, masakan Bella dapat mengenal pelajar-pelajar baru Sekolah Tinggi Persendirian Merien. Bila ada orientasi kemasukan pelajar baru, dia malas turut serta, walaupun sebenarnya dia wajib mengikuti program itu. Dia lebih suka bermain-main bersama rakan-rakannya.
"Sorry, Princess. Err... semalam saya tengok drama Secret Garden sampai pukul 4.00 pagi, sebab tu lambat bangun." Menggigil-gigil pelajar tingkatan empat yang bernama Farhan itu menjawab. Gerun dengan pertanyaan Bella yang digelar Princess itu.
Tawa Bella terburai apabila mendengar jawapan jujur Farhan. Semua mata memandangnya hairan.
"Kau ni Farhan, lawak betullah. Aku pun tengok cerita Korea juga semalam. Tapi aku tengok cerita You're Beautiful. Aku ingatkan perempuan aje yang pandai tengok drama Korea. Lelaki pun pandai. Dahlah, kau pergi masuk kelas." Bella masih mengekek-ngekek ketawa.
Para pelajar senior yang melihat reaksi Bella, ikut tergelak sama. Sebati sangat dengan perangai gila-gila Princess sekolah mereka.
"Terima kasih, Princess," ucap Farhan yang baru dua minggu menjejakkan kaki ke Sekolah Tinggi Persendirian Merien. Pada mulanya dia berasa amat gentar berhadapan dengan Bella yang dikenali dengan jolokan gangster princess oleh seniornya. Namun, setelah bersua muka dengan Princess ini, lain pula tanggapannya. Mungkin senior sengaja ingin menggertak.
"No thanks. Sekali lagi kau lambat, batang penyapu ni betul-betul akan kejar kau. Dahlah, pergi masuk kelas. Aku tak nak dengar alasan yang sama sekali lagi." Bella sempat mengugut dengan mengacukan batang penyapu di tangannya ke arah para oelajar junior.
Sekali lagi Farhan menggigil. Nampaknya Bella betul-betul menakutkan.
"Emm... dahlah, boring pulak aku membebel kat kau orang di pagi yang indah ni. Burung-burung berkicauan mencari makanan, angin bertiup lembut menenangkan hati, pergi masuk kelaslah! Pelajar tingkatan lima dengan enam, tinggal!"
Serentak dengan arahan Bella, pelajar-pelajar junior yang terdiri daripada tingkatan empat bergerak pantas ke kelas masing-masing. Gembiranya hati mereka kerana tak kena sebarang denda. Memanglah Bella princess yang baik hati.
Sekolah Tinggi Persendirian Merien hanya menerima pelajar terbaik lepasan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Oleh itu, sekolah mereka hanya terdiri daripada pelajar tingkatan empat, lima, enam atas dan enam bawah sahaja.
"Apa bendalah yang kau orang buat sampai setiap hari pun lambat ke sekolah?" Bella memulakan ceramah pada pelajar senior yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam dan lima.
"Kita orang... Jamming, clubbing..."
"Ada aku tanya dengan kau ke?"
Hafiz terdiam apabila Bella memotong ayatnya.
Bella berjalan ke hulu dan ke hilir. Sebelah tangannya mencekak pinggang dan sebelah lagi menyeret kayu penyapu yang dibawanya tadi pada dataran yang bertar.
"Lain kali kalau nak jamming, ajaklah aku sekali. Clubbing, aku tak join. Haram!"
Para pelajar senior tergelak besar. Tak ada maknanya kalau Bella nak memaki hamun mereka walaupun dia sepatutnya berbuat begitu. Jika dia memaki hamun pun, sudah pasti tidak ramai yang berani melawan.
"Dah, diam. Karang cikgu ingat aku main-main pulak." Bella kembali serius. Dia berhenti bergerak ke kanan dan ke kiri. Mata tajamnya memandang 15 orang pelajar yang serinv datang lewat. Sudah banyak kali dia berleter, namun mereka masih buat tidak endah. Memang kena beri pengajaran!
"Lepas ni, kalau 15 daripada muka kau orang ni aku tahu datang lambat lagi, kau orang tak payah masuk sekolah. Aku malas nak membebel atau belasah kau orang. Jadi, siapa yang rasa tak boleh masuk pagar sekolah ni sebelum pukul 7.30 pagi, aku takkan benarkan kau orang masuk terus. Balik rumah ajelah. Kira public holiday. Kalau kau orang nak berhenti sekolah pun, aku tak kisah. Faham?"
Amaran Bella menyebabkan para pelajar menelan liur. Mereka hanya mengangguk-angguk kecil. Kadang-kadang Bella boleh dibuat bergurau, tapi kalau dia sudai serius, susahlah jadinya.
"Kau orang paham tak?"
"Faham, Princess!" Mereka menjawab serentak, kuat dan memuaskan hati Bella.
"Okey. Sekarang, sebab kau orang datang lambat, aku akan bagi can untuk kali terakhir. Aku kira sampai tiga, aku nak kau orang lari masuk ke kelas masing-masing. Siapa yang aku dapat tangkap, jangan menangis kalau tulang patah sebab aku sebat dengan kayu ni." Bella bersuara tenang.
Para pelajar sudah bersedia, berlutut dan membetulkan tali kasut masing-masing seperti hendak memulakan acara marathon sahaja.
"Satu... Dua... Tiga!"
Selesai sahaja kiraaan Bella, semua pelajar yang lewat, lintang-pukang berlari ke kelas masing-masing dan Bella menghambat mereka dari belakang seperti mengejar musuh dengan pedang samurai.

To be continue.. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience