Rate

1 (3)

Romance Series 15981

"Macam mana Pak Mail?" Bella bertanya.
"Princess memang bijaksana. Tuan Besar percaya yang Princess pecahkan cermin kereta Toyota Camry dia. Tuan Besar cakap, Tuan Besar benarkan Princess bawa kereta dan buatlah apa-apa yang Princess nak." Pak Mail mengulang pesanan majikannya. Padahal, itu semua hanya lakonan Bella sahaja. Bella sengaja menyuruhnya menelefon Tan Sri Iskandar yang berada di Australia atas urusan kerja dan Bella mula memecahkan beberapa buah pasu untuk berlakon seolah-olah cermin kereta dipecahkan. Sengaja ingin membuat hati papanya terbakar.
"Mesti papa berapi dengan saya kan, Pak Mail?" tanya Bella langsung tiada perasaan bersalah dalam dirinya.
"Pastilah tu! Tapi, Princess sebenarnya nak pergi mana? Sampai nak bawa kereta sendiri. Pak Mail kan ada. Pak Mail boleh hantarkan."
"Tak pergi mana-mana pun. Malaslah saya nak keluar. Kalau saya nak keluar pun, lebih selamat kalau Pak Mail yang drive. Saja aje nak menyakat papa tadi."
Pak Mail hanya mampu menggeleng kepala. Tak faham betul dengan perangai puteri majikannya itu. Nasib baiklah dia tidak mempunyai anak macam Bella. Jika tidak, mahu diserang sakit jantung.
"Emm... Pak Mail, tiba-tiba saya rasa nak beli buku pulak. Jom hantar saya pergi bookstore."
Hmm... Inilah perangai Bella yang Pa Mail sudah masak sangat. Dalam satu saat saja, kata-katanya boleh berubah.
Pak Mail tersenyum kecil sambil mengangguk-angguk kepala. "Baiklah, Princess."

×××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Maaf kalau lambat update sambungannya.. sebab busy dengan study.. harap dapat memahami.. akan dicube utk mengupdate dengan lebih kerap.. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience