Rate

2 (2)

Romance Series 15981

Bella menghadiri sekolah seperti biasa. Dia datang tepat pada waktunya. Baru saja pengawal keselamatan hendak menutup pintu pagar, dia pantas menerobos masuk. Tepat pukul 7.30 pagi. Nampaknya, dialah yang paling akhir datang ke sekolah hari itu.
Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Man, hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat tingkah laku Bella.
"Maaf, pak cik, lambat. Nasib baik sempat. Pak cik kerja elok-elok ya. Kalau ada apa-apa masalah, boleh cakap dengan saya."
"Yalah Princess, cepat masuk kelas. Waktu pembelajaran dah nak bermula." Pak Man tersenyum kecil. Senakal-nakal Bella, gadis ini masih tidak lupa menghormati orang tua sepertinya.
"Okey, pak cik. Bye."
Bella memecut pantas ke kelasnya yang terletak di blok F, mendaki beberapa anak tangga sebelum langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil seseorang.
"Bell, petang ni ada latihan sorak, kau jangan tak datang pulak."
Suara Nazarul Syamil yang datang entah dari mana membuatkan Bella terpinga-pinga seketika.
Nazarul hanya mengeleng-geleng kepala melihat beg yang masih tersandang di belakang bahu Bella. Pasti gadis itu baru sampai.
"Kalau aku tak datang, kenapanya."
"Susah betul nak cakap dengan Princess nilah. Kau tu cheerleader, kalau kau tak datang, siapa nak lead budak-budak sorak tu..." Nazarul menjawab geram.
"Oh... aku cheerleader erk? Emm... Okeylah, nanti aku datang. Sekarang ni aku nak cepat. Bye."
"Emm,bye... Baik-baik naik tangga tu. Jangan lari-lari, nanti jatuh." Nazarul sempat berpesan sebelum bayang Bella hilang di balik tangga. Mujurlah dia sudah lama mengenali Bella. Jika tidak, mahu naik angin jika bercakap dengan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience