Rate

3

Romance Series 15981

Bella meneguk rakus setin air 100 plus setelah lebih kurang satu jam bermain basketball di Dewan Serbaguna Elit. Peluhnya yang terpercik di dahi, dikesat cermat oleh Ika yang datang bersama Azimah dan Farah untuk melihat aksinya berlatih.
"Boleh tahan lagi ke Bell? Jangan lama sangat, nanti kaki cramp?" Azimah menasihati Bella setelah melihat wajah Bella agak merah menahan kepanasan akibat terlalu lama berlatih hari itu.
"Entah akak ni, tadi latihan sorak, ni sambung latihan basketball pulak. Boleh tahan ke?" Ika menyampuk.
Bella mengambik tuala putih dari tangan Ika dan mengesat sendiri peluhnya. Dia berdiri dan melakukan sedikit warm up. Memang badannya terasa agak kejang. Masakan tidak, baru saja tamat berlatih bersama pasukan sorak, di terpaksa melatih pasukan basketball pula. Namun, itu semua bukan penghalang baginya untuk memenuhkan masanya dengan aktiviti yang berfaedah.
"Boleh tahan lagi. Satu round aje lagi ni. Lepas tu dahlah." Bella tersengih memandang tiga sahabatnya itu.
Jelas terpancar riak kebimbangan di wajah rakan-rakan Bella itu. Walaupun mereka juga penat setelah berlatih sorak, mereka masih sanggup menemani Bella untuk latihan basketball.Sememangnya sahabat sejati. Susah dan senang tetap bersama.
"Emm... tapi Bell, kalau kau pengsan, tak ada orang yang berani nak angkat kau tau. Kita orang juga yang terpaksa angkat kau nanti."
Gurauan Farah hanya dibalas dengan cebikan Bella. Apa yang diperkatakan Farah ada betulnya. Siapa yang berani mengangkat tubuh Bella jika gadis itu pengsan atau mengalami kecederaan? Tidak ada siapa-siapa. Pernah suatu ketika dahulu, seorang pelajar lelaki senior ditampar Bella kerana ingin mengurut kaki Bella yang sedang kejang. Bella mengatakan pelajar itu ingin mengambil kesempatan terhadapnya.
Sedang mereka berbual kosong dan bergelak tawa untuk menghabiskan waktu rehat sebelum memulakan latihan sesi kedua. Suara-suara sumbang mula berkumandang tidak jauh dari tempat mereka berehat.
"Oh... nampaknya hari ni ada betina berlagak jantan nak buat latihan basketball rupanya. Tapi maaflah ya, kami gadis-gadis menawan ni, nak buat latihan yang keperempuanan sikit." Selamba saja Amanda Natasha Dato' Musa, cheerleader Sekolah Tinggi Persendirian Omega bersuara sebaik saja terpandangkan wajah Bella di bangku rehat.
Prlajar-pelajar perempuan pasukan sorak Sekolah Tinggi Persendirian Omega yang lain mula ketawa atas penyataan kurang lawak Amanda itu.
Amanda menjeling tajam ke arah Bella sebelum berdiri ke tengah-tengah dewan dan memasang muzik untuk mereka memulakan latihan sorak tanpa mengendahkan pandangan pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Merien.
"Gadis-gadis menawan? Keperempuanan? Gila apa!" Farah mengajuk kata-kata Amanda sambil mendengus geram. Tidak percaya yang Amanda seberani itu mengutuk Bella di khalayak umum. Memang gadis yang sebaya dengan mereka itu suka mencari pasal dengan Bella sejak tahun lepas lagi.
"Dia orang ni bangang ke apa? Kita kan dah tempah dewan ni untuk latihan. Minggu lepas sekolah dia orang berlatih, minggu ni sekolah kitalah pulak. Tak cukup-cukup lagi ke?" Ika mengenggam buku limanya. Betul-betul tidak berpuas hati dengan aksi pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Omega itu.
Dewan Serbaguna Elit ialah dewan terbuka untuk mana-mana latihan sukan sama ada latihan sorak, basketball, netball dan badminton. Penggunaan dewan itu dilakukan secara bergilir-gilir untuk memastikan tidak timbul sebarang pergaduhan antara pelajar sekolah untuk melakukan latihan sukan. Terutamanya Sekolah Tinggi Persendirian Merien dan Sekolah Tinggi Persendirian Omega.
"Macam mana Bell, nak teruskan tak?" Nazarul yang merupakan salah seorang pemain utama basketball Sekolah Tinggi Persendirian Merien bertanya kepada Bella selaku jurulatih mereka.
Bella kelihatan tenang sahaja, namun dia sudah mula bercekak pinggang. "Relaks kejap, bagi aku lima minit."
Nazarul menghela nafas panjang dan para pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Merien sudah tersenyum sinis. Matilah Amanda sebentar lagi. Princess mereka sudah bercekak pinggang, pastu akan ada insiden yang menarik bakal berlaku.
Sementara itu di satu sudut, kelihatan dua penonton sedang meninjau aktiviti yang dilakukan pelajar mereka. Mata Syamrein tertumpu pada wajah jelita, berjersi ungu gelap, rambut bertocang kuda yang sedang bercekak pinggang di sisi dewan sambil memerhatikan pasukan sorak Omega berlatih. Kelihatan juga adiknya berada disamping gadis itu.
"Aik, budak-budak Merien dah habis berlatih ke? Cepatnya!" Rizal merungut.
Syamrein hanya diam. Masih terpaku melihat Bella yang pasti tidak tahu kewujudannya di situ. Dia berada di situ pun oleh kerana mengikut sahabatnya, Rizal. Kata Rizal, dia mahu melihat pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Merien membuat latihan basketball.
"Amanda memang sengaja cari pasal. Yang dia pergi buat persembahan tengah-tengah dewan tu apa hal?"
"Eh, Rizal, kau kenal tak budak perempuan yang bercekak pinggang kat tepi gelanggang tu?" Syamrein tidak mengendahkan kata-kata Rizal, malahan dia sibuk bertanya pula.
"Oh... itu jurulatih basketball Merien. Bella namanya. Dialah jurulatih perempuan pertama yang paling hebat aku pernah tengok."
"Hah, jurulatih? Dia pandai main basketball? Aku macam tak percaya aje." Syamrein agak terkejut.Tidak menyangka yang Rizal mengenali gadis yang bernama Bella itu. Lagi tidak menyangka yang Bella merupakan jurulatih basketball, permainan yang majoritinya dimainkan oleh lelaki. Betul ke Bella boleh bermain basketball? Tapi, takkanlah Rizal menipunya pula?
Lagu Bye Bye Bye nyanyian Nsync memenuhi dewan serbaguna itu. Pasukan sorak Omega kelihatan bersungguh-sungguh menunjukkan bakat mereka. Lebih tepat menunjukkan keseksian mereka dengan mendedahkan paha juga betis yang seksi lagi gebu kepada pandangan pelajar lelaki.
Ramai juga pelajar yang tiada kaitan dengan latihan itu berada di situ. Pasti mereka teruja menonton latihan basketball juga latihan sorak. Para pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Merien hanya diam menunggu tindakan Bella.
Sewaktu pasukan sorak Omega melakukan formasi piramid sebagai acara kemuncak persembahan, saat itu Amanda berada di posisi yang paling atas selaku cheerleader. Baru saja dia ingin bertahan dijulang rakan-rakannya dengan ketinggian dalam sepulub kaki, sebiji bola betul-betul menghentam kepalanya dari belakang.
Terjerit Amanda. Nasib baik peserta sorak lain sempat menyambut tubuhnya sebelum sama-sama terjatuh.
Para pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Merien bersorak riang secara tiba-tiba.
"Maaf, tak sengaja. Aku nak shoot bola ni dalam ring goal, tapi terhentam kepala cheerleader Omega pulak. Mungkin sebab kepala kau sama besar dengan ring goal tulah, Amanda." Bella tersenyum tidak bersalah sebelum menuju ke arah Amanda yang sedang menggosok-gosok kepalanya.
"Kau... Memang perempuan celaka!" Amanda cuba memulakan pertelingkahan, namun suara Syamrein membekukan keadaan.
"Cukup Amanda! Cikgu tak nak tengok kamu berdua bergaduh!"
Syamrein dan Rizal yang jadi saksi kepada insiden yang tidak disangka-sangka sebentar tadi menghampiri pelajar sekolahnya untuk mengelak daripada berlakunya sebarang pergaduhan.
Syamrein yang sememangnya memerhatikan Bella sedari tadi tidak menyangka yang gadis itu membuat balingan tepat ke arah kepala Amanda. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata saja tanpa sempat dia berbuat apa-apa.
"Tapi cikgu, betina ni dah baling kepala saya dengan bola tu... Kurang ajar betul!" Amanda cuba menerkam Bella, namun tubuh Nazarul juga lapan orang pemain lelaki basketball Sekolah Tinggi Persendirian Merien menghalangnya daripada menyentuh tubuh Princess Sekolah Tinggi Persendirian Merien.
Pelajar perempuan Sekolah Tinggi Persendirian Omega tidak berani masuk campur. Takut diri mereka dibelasah oleh pemain basketball Sekolah Tinggi Persendirian Merien yang berbadan tegap lagi kental.
"Kan Princess kami dah cakap yang dia tak sengaja, kau tak faham bahasa ke?" Farah mula bersuara walaupun dia tahu Bella sengaja membaling bola tersebut ke kepala Amanda. Biar apa pun yang jadi, dia tetap mahu menyokong gadis itu. Mulut Amanda yang sewenang-wenang mengutuk princess mereka sewajarnya diberi pengajaran.
"Saya tak buta, saya memang nampak awak sengaja baling kepala Amanda dengan bola tu tadi. Sekarang saya nak awak minta maaf dekat Amanda. Saya tak pedulilah sama ada awak pelajar saya atau pelajar sekolah lain, awak harus minta maaf."
Ika menelan liur. Kenapa pula abangnya itu campur tangan? Memang cari pasal betul.
Mulut Bella melopong, tidak menyangka pemuda kacak yang dikenalinya sebagai kawan Ika yang ditemuinya di pusat beli-belah sebelum ini merupakan guru Sekolah Tinggi Persendirian Omega. Lagi dia tidak menyangka, guru itu berani meminta dia memohon maaf dengan Amanda.
"Huh, minta maaf? Kalau saya pecahkan kepala dia dengan bola tadi tu, barulah saya hafus minta maaf dengan ibu bapa dia. Tak ingin saya minta maaf dengan perempuan gedik macam dia ni, walaupun hukumnya wajib."
Kata-kata Bella mengundang tawa mengejek rakan-rakanya.
Syamrein merenung tajam mata Bella yang redup. Gadis ini memang kurang ajar! " Orang kata, kita ni hiduo biar berbahasa. Jangan harap muka aje cantik, tapi mulut macam longkang!"
Semua yang berada di situ tercengang atas kata-kata pedas Syamrein yang ditujukan khas untuk Bella.
Bella menarik nafas perlahan. "Saya tak peduli apa orang kata. Apa saya nak kata, kita ni hidup kadang-kadang berbahasa, kadang-kadang berkata dengan bahasa yang luar biasa. Jangan harap muka aje kacak, tapi bila bercakap bersembur air liur sebaldi."
Pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Merien sydah berdekah-dekah ketawa mendengar jawapan merapu Princess mereka.
Ika tidak terkecuali mengertawakan abangnya yang tika itu sudah seperti sotong kena jemur bawah matahari.
Syamrein beristighfar panjang dalam hati. Kalau diikutkan hati, mahu ditamparnya mulut Bella saat itu.
"Bercakap dengan perempuan yang bermulut longkang dan tak faham bahasa macam awak ni, memang menyakitkan hati!"
"Saya memanglah tak faham banyak bahasa. Saya orang Melayu, cikgu. Kalau setakat bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tu saya fahamlah. Tapi, apa yang saya pasti, mulut saya tak berbau longkang. Betul tak Naz?" Bella meletakkan lengannya di bahu Nazarul sebelum menghembuskan nafas mulutnya pada pemuda itu.
Nazarul hanya tersengih dan mengangguk-angguk kecil.
Sekali lagi para pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Merien bersorak. Seperti menonton pertandingan bahas pula ketika ini.
Giliran Syamrein melopong, tidak menyangka yang adiknya mempunyai kakak angkat yang sangat tidak bermoral dan kurang ajar seperti itu. Sakit betul hatinya melihat Bella.
Baru saja Syamrein ingin membuka mulut, suara seorang lelaki yang dikenali mereka mematikan segalanya.
"Amanda, kan saya dah pesan jangan guna dewan serbaguna ni untuk buat latihan sorak. Sekolah Tinggi Persendirian Merien dah tempah dewan ni untuk latihan sukan mereka minggu ni. Kenapa awak tak nak dengar cakap saya?"
Kedatangan Haji Ghani selaku pengetua Sekolah Tinggi Persendirian Omega menyelamatkan keadaan.
Amanda mencebik bibir. Dia memang sudah mendapat amaran daripada pengetua agar tidak menggunakan dewan serbaguna itu dari awal lagi. Namun, untuk menarik perhatian pemain lelaki basketball Sekolah Tinggi Persendirian Merien, dia mengingkar perintah pengetuanya.
"Maaf semua, sebab pasukan sorak Sekolah Tinggi Persendirian Omega sudah melanggar arahan yang telah dikeluarkan. Cikgu harap, kalian semua boleh teruskan latihan yang tergendala dalam dewan ini." Haji Ghani memohon maaf.
"Terima kasih, cikgu." Bella berterima kasih kepada pengetua Sekoalh Tinggi Oersendirian Omega yang selalu membantunya itu. Masakan tidak, pengetua Sekolah Tinggi Persendirian Omega ialah salah seorang daripada sahabat papanya.
"Cikgu Syamrein dengan Cikgu Rizal, awak boleh tinggal di sini untuk lihat macam mana Cik Muda Bella melatih pasukan basketball sekolah mereka. Mungkin tahun yang akan datang, sekolah kita dapat menghantar pasukan basketball juga."
Bella tersenyum sinis mendengar permintaa Haji Ghani. Dia mengebam bola yang berada ditangannya dan menuju ke arah Syamrein. Dia berbisik di telinga pemuda itu.
"Cikgu Syamrein, saya pun teringin nak ajar awak main basketball. Elok-elok tadi saya baling kepala Amanda dengan bola, lepas ni kepala cikgu pulak saya masukkan dalam ring goal."
"Saya langsung tak ingin nak tengok muka biadab awak tu. Apalagi untuk melihat aksi budak perempua. tak bermoral dan kurang ajar macam awak ni. Saya jijik. Buat sakit mata aje! Assalamualaikum, pengetua."
Haji Ghani tercengang seketika sebelum menjawab salam Syamrein yang berlalu pergi dengan pasukan sorak Sekolah Tinggi Persendirian Omega.
Amanda kelihatan cukup berpuas hati apabila Syamrein kelihatan membenci seteru utamanya itu.
"Waalaikumussalam..."
Sekali lagi mulut Bella melopong. Tidak menyangka yang pemuda itu benar-benar mampu buat telinga dan hatinya mendidih. Akhirnya, dia juga membatalkan latihan basketball dan pulang awal ke rumah.

*oke guys... last untuk harini.. jangan risau, akan dicube sedaya upaya utk update sekerap mungkin.. harap bersabar ye~~
maaf kalai ade byk typo yg bertebaran dlm ni.. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience