Rate

1 (2)

Romance Series 15981

Thanks sebab sudi baca :) .. maaf kalau typo berleluasa dalam ni.. ;)

×××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Tan Sri Iskandar termenung di jendela pejabatnya mengenangkan perangai puterinya juga lamaran yang diterima lima bulan lepas.
"Kami berdua ni Is, ingin sangat berbesan dengan kau. Kita berkawan bukan setahun dua, dah dekat 30 tahun dah kita bersahabat. Kalau boleh, hubungan kita ni dapat disambung oleh anak-anak kita pula."
Kedatangan Tengku Hariz dan Tengku Maria ke pejabatnya dengan satu hajat besar, betul-betul memeranjatkan Tan Sri Iskandar.
"Yalah, Is... Kami berkenan betul dengan anak perempuan kamu tu. Cantik orangnya," celah Tengku Maria pula.
"Cantik tu memang cantik, Maria... Tapi kamu tak kenal perangai dia lagi. Sejak mama dia meninggal, perangai Zyya makin menjadi jadi. Aku tengok dah macam gengster pon ada." Tan Sri Iskandar berterus terang. Tidak mahu keluarga sahabatnya itu menyesal setelah bermenantukan puterinya.
"Tak baik cakap macam tu, Is. Zyya tu anak kamu, satu-satunya puteri kamu." Tengku Hariz membela. Mereka berdua beria-ia menyokong puteri sahabatnya itu yang tidak diketahui perangainya bagaimana. Mungkin sepuluh tahun dulu, gadis itu seorang anak kecil yang boleh ditimang-timang, selalu menangis dan boleh dipujuk. Tapi sekarang, jauh langit daripada bumi jika hendak dibandingkan dengan perangai yang dulu.
"Tu aku tahu Hariz. Tapi, aku betul-betul tak nak anak kamu juga anak aku menyesal atas perkahwinan yang kita rancangkan. Sekarang zaman moden, Hariz. Soal jodoh yang ditentukan keluarga, betul-betul tak boleh diterima anak muda zaman sekarang. Lagi-lagi anak aku. Mahu dia lari ke overseas pulak bila aku suruh dia kahwin." Panjang lebar pula Tan Sri Iskandar menjawab.
"Kami bukan nak suruh mereka kahwin sekarang... Yang sebenarnya, kalau boleh aku nak 'tempah' dulu anak kau tu untuk buat menantu. Biarlah mereka berkenalan dulu. Nak bercinta lama-lama pun aku tak kisah. Aku izinkan. Aku tahu anak kamu tu muda lagi. Baru nak ambil SPM, kan? Kami pun tak terfikir nak kahwinkan mereka cepat, biarlah Zyya tamat belajar dulu. Anak aku pun muda lagi." Tengku Hariz berkata. Seperti mudah saja ingin menyatukan anak mereka.
"Pasal perangai Zyya tu, kau jangan bimbang. Aku akan suruh anak bujang aku cuba ubah perangai dia. Anak bujang aku tu pun macam suka aje dekat anak kau. Yalah, mereka dulukan kawan baik masa kecil. Tapi, apa-apa pun, kami minta kebenaran kau dululah..." Tengku Maria memberi cadangan. Entah kenapa mata dan hatinya betul-betul berkenan melihat wajah anak gadis sahabatnya itu.
Setelah hampir lima tahun tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan perniagaan, dia tidak menyangka yang puteri sahabat baiknya membesar dengan begitu cantik. Dan kerana mahu mengeratkan lagi perhubungannya yang sedia terjalin, dia benar-benar ingin bermenantukan anak gadis sahabatnya itu. Tidak mahu kempunan bermenantukan puteri sahabat baik merangkap rakan kongsi empayar perniagaan mereka.
"Aku benarkan, asalkan anak bujang kau dapat ubah perangai puteri aku. Aku restui perhubungan mereka. Tapi, aku tak boleh janji. Walau apa pun, aku tetap kena terima keputusan puteri aku. Zyya tu satu-satunya darah daging aku. Kalau dia terima, aku terimalah."
"Terima kasih, Is. Kau jangan bimbang. Kami berdua dah buat satu perancangan besar untuk anak-anak kita tu. Kami harap kau dapat memberikan kerjasama."
Bunyi iPhone 4 nyaring mengalunkan lagu popular masa kini, Never Say Never, nyanyian Justin Bieber, mematikan lamunan Tan Sri Iskandar. Bayangan wajah bersinar penuh harapan Tengku Hariz dan Tengku Maria tengelam begitu sahaja. Segera telefon bimbitnye diangkat. Tertera nama Pak Mail di skrin.
"Assalamualaikum, Pak Mail. Ada apa hal telefon?" Tan Sri Iskandar bertanya lembut kepada pemandunya.
Pak Mail sudah bekerja dengan keluarganya sejak dia muda lagi. Orang tua itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri.
"Waalaikumussalam, Tuan Besar. Princess mengamuk!"
Kedengaran suara tua itu sedikit terjerit di hujung talian.
Tan Sri Iskandar mengeluh besar. Apa pula onar yang dibuat anak perempuannya hari itu? Tidak boleh ke kalau dia tidak bimbang memikirkan masalah puterinya saban hari.
"Kenapa Zyya mengamuk? Dia nak apa?"
"Princess mengamuk sebab saya tak bagi dia bawa kereta macam arahan Tuan Besar. Princess cakap nak pecahkan semua cermin kereta Tuan Besar kalah saya tak bagi dia bawa kereta." Pak Mail bersuara cemas.
"Alah, dia gertak aje tu..." Tan Sri Iskandar cuba menyedapkan hati sendiri.
"Tak, Tuan Besar. Princess dah pecahkan cermin pintu kanan kereta Toyota Camry Tuan Besar dengan kayu baseball."
"What!" Tan Sri Iskandar yang duduk, lantas terbangun apabila mendengar berita itu. Bertambah sakit hatinya apabila terdengar sayup-sayup bunyi satu lagi cermin berderai di hujung corong telefonnya. Nasib baik dia berasa di Australia. Jika tidak, pasti peperangan besar akan berlaku hari itu antara dia dan anaknya itu. Dan, sudah pasti dia akan mengalah kerana dia terlalu sayangkan puterinya itu. Apa pun yang dilakukan anaknya itu, tidak akan menjadi satu kesalahan.
"Cukup Pak Mail. Biar aje dia bawa kereta. Kalau dia nak buat apa pun, biarkan aje. Jangan bagi dia rosakkan harta benda kat rumah tu. Pak Mail baiki cepat cermin kereta saya tu."
"Baiklah, Tuan Besar."
Talian diputuskan. Tan Sri Iskandar menghentak meja dengan buku limanya. Peluh berang terpercik di dahi. Puterinya itu memang tidak dapat dikawal lagi. Nampaknya rancangan Tengku Hariz dan Tengku Maria wajib dilaksanakan.
"Hariz, macam manalah aku nak jodohkan anak aku dengan anak kau... Mahu mati anak kau nanti kena belasah dengan puteru aku tu." Tan Sri Iskandar terduduk di kerusinya mengenangkan perangai puteri tunggalnya, Zyya Adrianna Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience