Rate

2 (5)

Romance Series 15981

"Hah! Ika, nasib baik kau cepat. Kalau tak..." Mata Farah mati pada wajah pemuda kacak yang berdiri di sisi kawannya itu. Dia melopong seketika.
Syamrein yang menyedari pandangan gadis yang sebaya dengan adiknya itu hanya tersenyum kecil dan menundukkan kepala ke bawah. Ini ke akak angkat Ika?
"Kenalkan, ni Syamrein, kawan aku. Baru balik dari USA. Dia tua enam tahun daripada kita. Jadi, hormat sikit ya." Ika memperkenalkan Syamrein kepada Farah dan Jeremy yang tidak diketahui bagaimana boleh turut serta berada di situ.
Syamrein berjabat tangan dengan sahabat adiknya yang sedari tadi memandangnya dari atas ke bawah. Dia bersetuju untuk diperkenalkan sebagai kawan kepada adiknya jika dia berkeinginan berkenalan dengan sahabat adiknya. Kata adiknya, satu perkara yang tak cool jika membawa ahli keluarga berjalan bersama kawan-kawan. Entah dari mana Ika belajar fakta merepek itu.
"Farah, akak mana? Tak sampai lagi ke?"
"Princess ada kat tempat parking kereta. Kejap lagi sampailah tu." Jeremy menjawab apabila menyedari kelekaan Farah yang sedang mengamati wajah Syamrein.
Syamrein agak terkejut dengan kefasihan bahasa Melayu Jeremy yang daripada penglihatannya bukanlah berbangsa Melayu. Tapi, Princess mana pula yang nak datang ke mall?
"Hi guys, sorry a little bit late."
Mata Syamrein terpaku kepada empunya suara itu. Seorang gadis jelita yang mengenakan sepasang jeans pendek dengan baju-T fit berwarna hitam menghampiri mereka. Matanya semakin membulat apabila menyedari gadis itu memakai sepasang kasut roda.
"Kak, kenalkan ni Syamrein, kawan Ika dari USA. Syam, nilah Bella, kakak angkat Ika." Ika tersengih-sengih melihat abangnya yang berasa janggal dipanggil dengan panggilan Syam oleh adiknya sendiri.
Syamrein menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis yang menarik perhatiannya itu. Seperti pernah terjumpa di mana-mana sebelum ini.
"Nice to meet you. Budak kecik, kau tak ajak kawan kau yang tak sama umur dengan kita atau lebih tepat, lebih tua daripada kita ni untuk join aktiviti kita, kan?"
Huluran tangan Syamrein yang tidak bersambut terlepas ke bawah.
Tak sana umur? Lebih tua? Biadab sungguh perempuan ini. Harap muka aje cantik. Syamrein merengus geram. Lantas saja memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Meluat untuk melihat wajah gadis kurang sopan itu. Sepatutnya orang tua dihormati.
"Taklah kak, Syam ni memang dah tua, memang tak sesuai join aktiviti kita. Dia tolong hantar Ika aje."
Syamrein menjegilkan matanya apabila Ika yang disangka akan membela dirinya mula berpaling tadah. Baru saja dia ingin menjawab, satu suara lain mematikan tingkahnya.
"Princess, buat apa lagi tu? Times not waiting us, hurry up." Nazarul yang datang entah dari mana berteriak ke arah Bella dan rakan-rakannya.
Syamrein sekadar merenung. Hmm... mungkin teman lelaki budak biadab ni.
"Okay, got to go. Girls, kau orang belilah barang macam apa yang kita bincangkan semalam. 30 minutes okay. Jeremy ikut hari ni untuk tolong angkat barang-barang yang kita beli."
Baru saja Bella ingin meluncur pergi l, langkahnya terhenti apabila terdengar satu ayat yang menyakitkan hati.
"Huh! Suruh beli itu ini, patutlah Ika selalu habis duit. Rupanya ada kakak yang cekik darah duit dia." Selamba badak Syamrein berkata.
Masa seperti terhenti. Ika, Farah dan Jeremy sudah menelan liur apabila Bella tidak jadi pergi, tetapi melumcur kebelakang dan bersemuka dengan Syamrein.
"Awak tak maksudkan kakak yang cekik darah tu saya, kan?" Bella menuding jari ke mukanya sendiri.
Nasib baik dia berkasut roda. Samalah ketinggiannya dengan ketinggian pemuda kacak yang berani mencari pasal dengannya itu. Wajah pemuda itu ditenung lama. Jarang juga dapat menemui pemuda sekacak itu.
Hati Bella memuji-muji ketampanan wajah pemuda yang berani mencari pasal dengannya itu. Anak mata lelaki itu berwarna kelabu, buat dia tergoda saja melibatnya. Hisy!
"Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya." Syamrein menjawab. Seketika pandangannya tenggelam dalam keindahan anak mata Bella yang berwarna hazel. Anak mata itu, membuatkan dia teringatkan seseorang.
Ika sudah menyiku bahu Syamrein. Sudah tentu dia ingin mengelakkan pertengkaran berlaku di antara abang dan kakak angkatnya itu.
"Saya tak makan cili. Jadi, tak terasa pedasnya pun."
"Hah?" Syamrein terkejut. Tidak menyangka yang Bella tidak memarahinya dan berbuat tidak faham atas kiasan yang dikatakannya.
"Bell, buat apa lagi kat sini. Kita banyak barang nak beli ni."
Kedatangan Azimah, pelajar tingkatan enam atas merangkap kakak angkag kepada Bella, menjernihkan keadaan.
Azimah merenung wajah Syamrein dan Bella seketika. Nampaknya, kalau dia tak muncul tadi, pasti ada perbalahan yang berlaku. Kalau Bella sudah bercekak pinggang atau berpeluk tubuh, adalah kata makian yang bakal keluar dari mulutnya.
"Semalam Bella dah bagi RM1000 setiap seorang kan? So, let's shop now. Tinggal tiga minggu aje lagi tarikh cheer tournament. Sekolah kita tuan rumah, mesti kena buat persiapan terhabis baik. Gerak sekarang." Azimah menarik tangan Bella yang masih merenung wajah Syamrein tanpa berkelip.
"Encik Syamrein, balik rumah nanti makan cili banyak-banyak ya. Barulah rasa pedas ke tak." Bella tersenyum sinis sebelum berlalu bersama Azimah meninggalkan rakan-rakannya.
Syamrein melopong dengan wajah merah menyala menahan geram. Tidak menyangka yang dirinya disindir kembali.
"Tulah, lain kali bercakap tu jangan pakai serkap jarang aje. Kak Bella tu anak jutawanlah, abang. Tak ada maknanya dia nak kikis duit adik abang ni. Dia awal-awal dah bagi kita orang duit untuk shopping hari ni. Hati-hati memandu ya. Jangan lupa makan cili bila balik rumah nanti." Ika berlalu dengan tawa besarnya setelah berbisik ke telinga Syamrein yang masih terpaku di situ.
Perasaan Syamrein bercampur baur. Marah, geram, juga bersalah kerana menuduh Bella yang bukan-bukan. Niatnya untuk membeli buku rujukan dibatalkan. Dia berlalu keluar dari pusat beli-belah itu. Tidak sanggup menghadapi sebarang kemungkinan bertembung dengan Bella sekali lagi.

*Sori guysss.. lambat update.. busy sesangat dengan kelas dn assgmnt yg menimbun.. jeongmal mian.. ??..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience