Sebaik sahaja Puan Himah meninggalkan bilik Mia, Mia mengalihkan
pandangannya ke arah Maya . Maya hanya memandang kembali. Mia mula
berasa tidak sedap hati dan meninggalkan biliknya , menuju ke bilik air
untuk mengambil wudhuk.
******
Selepas solat Isyak,Mia mengambil semula Maya dan mengimbasnya. Di mata
Maya hanya ada refleksi muka Mia. Mia ketawa kecil.
Khayalan aku je kot.
Mia pergi ke arah almarinya lalu meletakkan Maya dalam posisi duduk .
Secara kebetulan pula, almarinya bertentangan dengan katil Mia.+
Mia pergi ke arah suis lampu dan menutupnya lalu pergi ke arah katil.
Dia membaringkn dirinya di atas katil. Dia memerhatikan Maya dalam
kegelapan. Mata Mia semakin lama semakin kabur. Dia dapat merasakan
sesuatu lembaga sedang berdiri di tepi almari . Lembaga itu memandang
Mia. Benda yang terakhir Mia nampak sebelum dia tidur adalah senyuman
yang diukir pada bibir Maya.
Share this novel