Sunyi sepi..
" Allah selamatkan kamu"
Senyuman terukir di bibir palsu Maya.
" Mari kita lihat jika Tuhan betul betul boleh menolong mu... Wahai..."
Mia meniup lilin. Semua orang bersorak. Mia pun turut gembira.
"...... Mia si kawan baikku.."
Mia terasa seperti ade perkara yang teruk berlaku. Namun, dia
mengabaikan perasaannya dan menikmati saat indah menyambut birthday
dengan family nya.
" Permainan pun bermula..."
Senyuman pada bibir Maya semakin lebar.
***
Selepas menyambut birthday Mia, mereka sekeluarga pun balik ke rumah.
Semua orang sudah tidur, hanya Mia sahaja yang masih berjaga. Esok cuti
. Jadi , dia ingat dia nak stay up sampai pukul 7 pagi. +
Mia sedang baring di atas katil, lampu biliknya ditutup. Katilnya
berhadapan dengan pintu. Dia baring menghadap dinding dalam posisi
dadanya berada di atas bantal. Laptopnya pula berada di depan nya.(
Faham?) Dia sedang melayari FB nya apabila dia dapat sebuah friend
request. Terlampau syiok mendengar lagu melalui headphone, dia selamba
sahaja menekan butang accept. Selepas itu, dia dapat sebuah mesej dari
orang yang hantar friend request itu baru tadi. Dia pun melihat mesej
tersebut.
Mia hanya dapat sebuah music link. Itu sahaja. Tiada hai , hello pun.
Mia menutup lagunya sebentar dan menekan link itu. Sambil tu, dia
mendapat mesej daripada saudaranya yang bernama Farah .+
Farah : Assalamualaikum, Selamat hari jadi, Mia!!!+
Mia : Terima kasih, Farah
Farah : Cuti akhir tahun dah nak dekat, kau tak nak balik kampung ke?
Mia : Hmm.. Tak pasti lagi lah.
Sementara itu, lagu yang dipasang oleh Mia hanyalah senyap sahaja.
Tiada bunyi. Tiba tiba dia terdengar bunyi tapak kaki. Mia merasakan
seperti tidak sedap hati. Bunyi tapak kaki itu dari perlahan terus
menjadi kuat. Selepas itu, terdapat bunyi pintu terbuka.
Mia pergi semula ke chat
' unknown ' iaitu orang yang hantar link itu.
Mia kaku.
Di skrin laptopnya, link yang baru sahaja di tekan oleh Mia...
Masih lagi loading dari minit 0.00 lagi...
Jadi, bunyi yang Mia sangkakan adalah muzik tu..?
Mia baru tersedar sesuatu. Tadi ade bunyi pintu dibuka.. Kira
kiranya.. Pintu biliknya.. Baru sahaja dibuka.. Oleh seseorang..?
Mia dapat merasakan sesuatu di belakangnya. Mia mencabut perlahan
lahan headphonenya lalu memusingkan kepalanya ke arah pintu.
Share this novel