"Kak Mia, ohhh Kak Mia…’’
Suara nyaring memanggil namaku itu membuat lamunan ku terhenti.
" Jomlah turun. Sarah dah jumpa apa yang Sarah nak." kata Sarah sambil
menunjukkan anak patung barbienya.
" Oh... Okay."
Dengan itu , Mia dan Sarah pun keluar dari bilik stor dengan Sarah yang
jalan di hadapan. Mia meletakkan jarinya pada suis lampu. Sebelum dia
menekannya, dia memandang semula ke arah Maya yang dia letakkan di atas
katil.
' Patut ke ... Tak yah..? Aishhh amik jelah!'
Dengan itu Mia pergi ke arah Maya dan mengambilnya lalu pergi ke arah
pintu bilik stor dan menekan butang tutup suis lampu. Dia pun mentup
pintu bilik tersebut dan menuruni anak tangga dengan berhati hati. Dia
menuju ke bilik tidurnya. Selepas memasuki biliknya, dia menutup pintu
dan duduk di atas katil sambil memegang Maya.
Mia hanya memandang anak patungnya. Entah kenapa dia terasa seperti anak
patung tersebut memandangnya kembali. Mia memandang anak mata patung
itu. Mia ternampak sesuatu di dalam mata Maya. Ianya seperti seseorang.
Mia berasa hairan kerana sepatutnya terdapat refleksinya pada mata
butang Maya akibat panculan cahaya dari lampu biliknya. Mia begitu
menghayati mata tersebut sehingga menyebabkan dia mendekatkan mukanya.
Semakin lama semakin jelas benda yang berada di dalam Maya. Di dalam
mata Maya kelihatan seseorang perempuan berambut hitam panjang menutupi mukanya sedang berdiri memandang Mia. Tiba tiba terukir senyuman jahat
di muka perempuan itu. Dia perlahan lahan mengangkat mukanya. Dia
memandang Mia dengan matanya membulat. Hanya sebelah matanya sahaja
kelihatan. Mata sebelahnya yang lagi satu telah ditutupi dengan
rambutnya. Anak matanya berwarna merah. Mia yang terkejut dengan rupa
perempuan itu, membaling Maya ke arah dinding. Mia langsung tidak
mempercayai apa yang dia baru lihat. Perempuan yang dia nampak itu
adalah perempuan yang muncul dalam mimpinya.
Mia menjerit sekuat hati. Beberapa minit kemudian ibunya muncul di pintu
bilik Mia.
" Ya Allah, Mia! Kenapa?! Ada apa apa yang berlaku ke?!" tanya Puan Himah
" Mia nampak dia lagi ... " kata Mia sambil menggenggam rambutnya akibat
tertekan. Air matanya mula mengalir.
" Bawak bertenang,Mia! "
Puan Himah menghampiri Mia yang sedang duduk di atas katil. Puan Himah
melabuhkan punggungnya di sebelah Mia.
" Sabar lah, Mia.. Istighfar .. Banyakkan berdoa agar Allah S. W. T
dapat tenangkan hati Mia .. Dah pergi ambil wudhuk .. Dah nak dekat
Isyak dah ni.." kata Puan Himah dengan nada lembut.+
" B - baik ... Ibu..."
Share this novel