Mia POV
Alhamdulillah aku dapat tidur dengan tenang malam tadi. Mimpi ngeri
itu sudah tidak muncul. Adakah ini petanda yang baik? Entahlah...
Aku memandang Maya. Aku bangun dari katil lalu menghampirinya. Aku
mengangkat Maya dan memeluknya. Memori memori ku bersama Maya terus
datang kembali ke dalam otak. Aku ingat lagi pada waktu ibuku mula mula
membelinya. Sejak daripada hari tu, aku selalu menghabiskan masa
dengannya. Aku bermain dengannya, mandi dengannya, tidur dengannya
semuanya dengan Maya. Kadang kadang, apabila aku ditimpa masalah, aku
akan luahkan perasaan aku padanya. Ketika sekolah rendah, aku sering
dipalau, dikritik dan dihina ... Aku tiada kawan.. Ibu dan bapa aku pun
kadang kadang selalu memarahi ku atau menuduh ku macam macam. Aku selalu
ambil Maya dan duduk di luar rumah. Di luar rumah ada buaian, jadi aku
dan Maya duduk di buaian itu. Kitaorang selalu tengok langit, bintang
dan bulan. Pada waktu itulah aku akan meluahkan segalanya pada Maya
sambil menangis. Maya adalah satu satunya kawan aku. Selain Maya, kawan
aku adalah haiwan peliharan aku sendiri, seekor kucing. Jikalau malam
itu hujan, aku akan menyanyikan lagu lullaby untuk Maya.
Aku sungguh merindui kenangan itu. Namun , semuanya telah berubah. Aku
sudah tidak bermain dengan Maya kerana aku sudah semakin dewasa dan
semakin matang. Ibu bapa aku mencadangkan untuk beri Maya kepada adik
saudara aku yang baru berumur 5 tahun namun aku tidak setuju dengan
permintaan mereka. Aku tidak akan sesekali menyerahkan Maya kepada mana
mana orang. Aku sudah berjanji dengan Maya yang aku akan sentiasa
mengingatinya dan takkan membuangnya.
Aku mengeluh.
" Maaf ye, Maya... Sebab letak kau kat dalam bilik stor.. Tapi sekarang,
aku dah ambil kau balik dan aku takkan letak kau kat dalam bilik stor tu
semula. Aku janji." bisik aku seorang diri sambil memeluk Maya dengan
lebih ketat. Beberapa minit kemudian baru aku lepaskannya dan letak Maya
di atas katil.
Aku pun berlalu meninggalkan bilik, menuju ke ruang tamu.
Share this novel