BAB 13

Horror & Thriller Completed 8159

Gangguan kali ke dua..

Ibu, adik dan ayahku kini sedang berada di kampung. Aku berseorangan
diri di rumah. Malah, sekarang jam sudah menandakan pukul 9 malam. Bulu
romaku tiba tiba naik. Aku sudah kunci pintu, tingkap semua. Aku
mengambil keputusan untuk tidur awal. Aku menutup televisyen dan berlalu
menaiki tangga. Di dinding sebelah tangga ada suis lampu. Aku pun
menekan suis tutup.

Seakan akan ada sebuah lembaga sedang berdiri di tengah tengah ruang
tamu. Aku menekan suis semula . Cahaya kembali menerangi suasana namun
tiada siapa siapa pun. Aku menekan tutup balik. Ada.

Bukak.
Tiada.
Tutup .
Ade.
Bukak.
Tiade.
Tutup.2

BUKKKKK
lembaga itu berada di hadapan aku. Aku lari pecut menaiki tangga
dan rempuh masuk bilik tidurku. Aku menutup pintu dan menguncinya. Aku
bukak lampu bilik , duduk di atas katil , mengambil selimut dan
menyorokkan diri . Aku mengambil Maya dan memeluknya erat.

Bunyi tapak kaki kedengaran bergema di luar bilik. Air mata aku
mengalir. Bunyi itu berhenti sebaik sahaja sampai di depan bilik ku.

....

Hanya bunyi angin je yang dapat didengari. Selepas beberapa puluh
minit berlalu, aku membuka selimut , mengeluarkan kepalaku dan melihat
ke arah pintu.

Aku menghembus nafas lega. Tiba tiba..

Pak

Kelihatan sepasang tangan tepuk betul betul di tepi kepalaku. Lampu
terus terpadam. Aku menjerit dan menyorok di bawah selimut.

" Mashallah, mashallah!! Ya Allah , ya tuhanku tolonglah lindungi hamba
mu ini!!" jerit aku sekuat hati sambil memejamkan mata.

Aku membuka mataku.

Aik?

Aku berimpi ke ? Aku memandang ke arah jam loceng yang berada di tepi
katil ku. Jam baru menyatakan pukul 10 malam. Mungkin aku tertidur. Aku
baru teringat yang aku tak menunaikan solat isyak lagi . Aku pun bangun
dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience