Sudah seminggu aku mempunyai mimpi yang sama namun masih tidak diketahui
apakah maksud mimpi tersebut. Aku cuba untuk lupakan mimpi itu tapi
tidak berhasil. Malah, aku juga seperti ternampak makhluk itu di mana
jua aku berada. Orang mungkin kata aku gila tapi sebenarnya tidak. Aku
yakin yang aku nampak makhluk itu. Aku cuba beritahu kepada ahli
keluarga aku dan juga kawan baik aku, tapi mereka hanya ketawakan
sahaja. Aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan.. Mungkin aku hanya
terlampau paranoid..
" Miaaa"
Aku terjaga dari lamunan aku. Kelihatan kawan baik aku, Hanah
melambaikan tangannya di hadapan muka aku.
" Kau okey tak?" tanya dia
" Aku okey.."
"Haish kau ni... Cuba gembira sikit.. Birthday ko kan dah nak dekat."
kata Amira yang tiba tiba muncul+
" Entahlah.. Sejak mimpi tu.. Aku dah macam takde mood.. Aku pun dah
kekurangan tidur sebab tak nak mimpi kan perkara yang sama.." kata aku
sambil memandang bawah.
" Asyik cakap pasal mimpi tu, mimpi tu , mimpi tu. Itu semua hanyalah
permainan syaitan jelah. Dah, tak perlu risaukan sangat." kata Hanah.
" ... " aku hanya mendiamkan diri
Hanah dan Amira sambung berborak tentang perkara kegemaran mereka
manakala aku hanya termenung.
" Akak, jom pergi bilik stor!" ajak Sarah iaitu adik perempuan Mia yang
berumur 6 tahun.
" Perlu ke pergi waktu malam ni?"
"Ala bolehlah.."
" Hmm.. Okeylah."
Mia dan Sarah berlalu pergi ke tangga untuk ke bilik stor. Mia
menaikinya dulu kerana adiknya takut pada gelap. Sesampai sahaja di
depan pintu bilik stor, Mia memulas tombol pintu dan menolak perlahan
lahan. Dia seperti ternampak ada benda lalu dengan laju ke arah hujung
dinding. Mia cepat menekan butang lampu yang berada di tepi pintu. Namun
tiada apa apa yang bergerak. Dia ternampak anak patungnya yang berada di
hujung dinding itu. Mia menghampirinya dan mengangkat anak patung
tersebut.
Anak patungnya bukan teddy bear mahupun barbie. Ianya adalah anak patung
yang menyerupai kartun budak perempuan kecil. Ia mempunyai rambut
berwarna hitam yang ditocangkan dua menggunakan riben pink. Rambung
tocangnya digayakan kebawah telinganya. Dress pinknya sehingga lutut dan
kasutnya juga berwarna pink. Mata butangnya berwarna hitam.
Begitu banyak memori Mia dan anak patung tersebut. Mia masih ingat lagi
yang dia menamakan anak patung tersebut ...
Maya..
Share this novel