Sudah seminggu berlalu, tanpaku sedari... Hari ini adalah hari jadi aku.
Aku mengabaikan pengajaran yang sedang disampaikan oleh Cikgu di hadapan
kelas. Pemikiranku bercelaru. Sebab apa? Sebab mimpi malam tadi..
Aku sedang berjalan di suatu lorong yang gelap apabila aku terdengar
suara bisikan . Aku mengabaikannya dan sambung berjalan tanpa hala tuju.
Semakin lama semakin kuat bunyi bisikan tersebut.
" Lari.." seseorang bisik di telingaku.
Aku berpaling ke belakang. Kelihatan seseorang yang berambut panjang
menutupi matanya sambil dengan pakaian koyak koyak, lari mengajar aku .
Aku pun berlari.
Ketika sedang berlari, aku ternampak batu di atas tanah. Aku menyepak
batu tersebut kerana ia telah banyak kali membuatkan aku terjatuh. Aku
lari dan memasuki lorong yang berada di kananku. Aku menyorok di tepi
tong sampah. Aku bernafas tercungap cungap. Kedengaran tapak kaki hantu
itu lari Melepasi tempat nyorok ku. Aku menghembus nafas lega.
Share this novel