BAB 11

Horror & Thriller Completed 8159

Kegelapan. Pintunya masih lagi tertutup. Mia menghembus nafas lega.
Dia kembali memandang laptopnya. Terpapar muka seorang hantu di dalam
mimpi Mia di dalam skrin itu.
Mia menjerit. Muka itu terus hilang dan Mia tiba tiba dapat sebuah
panggilan. Panggilan itu dari unknown number. Tanpa berfikir panjang,
dia menekan butang answer.

" Aku dah cakap... Kau tak nak dengar..."

" He- hello..? Siapa ni.??"

" Kau sendiri yang mintak, Mia.. Dan sekarang, kau akan terima
padahnya."

" Beep beep beep.."

Orang itu menge off kan panggilan. Suara pemanggil itu adalah
suara seorang perempuan yang berada di dalam lingkunan umur 10 tahun.
Suaranya serak. Plus suaranya bergetar seperti dalam ketakutan.

Mia secara tak langsung terus menelefon saudaranya. Selepas beberapa
deringan, Farah pun mengangkat.

" Ada ape call aku malam malam buta ni?" - Farah

" Farah .. Tolong aku.. " - Mia+

" Kenape? Kau dalam masalah ke?" - Farah

" Aku... Ade bende ganggu aku.. " - Mia

" Maksud kau bende tu?" - Farah

" Ha ah..." - Mia

" Betul betul ke main main ni?" - Farah

" Betul lah!! Aku takut wei.. Dah lama dah bende tu asyik menghantui
aku... Mula mula dalam mimpi, tapi sekarang, in real life.. Tolong aku,
Farah.." - Mia

" Kalau macam tu, kau telefon aku balik kalau bende tu ade kacau kau
untuk kali yang kelima." - Farah

" Kelima?! Aku tak nak tunggu! Lama sangat!! Kalau aku jadi mental macam
mane?" - Mia

" Jangan risau. Allah kan ade. Kau banyak kan solat , berdoa semua. Moga
mogaan Allah akan tolong kau." - Farah

" Okey.." - Mia

" Dahlah, aku nak tidur. Aku sarankan kau pun tidur sekali. Lagi lama
kau berjaga, lagi teruk bende tu kenekan kau." - Farah

" Okey.." - Mia

" Assalamualaikum." - Farah

" Waalaikummusalam. " - Mia

Aku meletakkan fon di atas meja cermin yang berada bersebelahan dengan katil lalu tidur. Namun, aku dapat merasakan sesuatu sedang perhatikan aku. Berasa tak tenteram, aku pun memasang lampu malam dan cuba untuk tidur.

Maya hanya memerhati dari atas almari.

" Tik tok tik tok masa berlalu.. Amaran pertama telah disampaikan..
Maafkan aku , Mia .. Tapi aku tak boleh nak buat apa apa.. Aku akan cuba
sedaya upaya untuk melindungi mu pada waktu malam agar ' Dia' tidak
dapat membunuh mu pada waktu malam.."

Ayat ayat itu keluar dari patung Maya namun hanya kedengaran seperti
bunyi angin. Mia memeluk bantal peluknya. Terukir senyuman kecil pada
bibirnya. Maya pun turut tersenyum. Bukan senyuman jahat, tapi senyuman
kecil yang comel sambil memandang Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience