BAB 14

Horror & Thriller Completed 8159

Mia POV+

Aku kini sedang berjoging . Jam baru menandakan pukul 5.45 pagi. Yep,
aku tiba tiba rasa rajin pulak nak joging awal awal. Aku joging je
sorang sorang dekat dengan hutan pulak tu. Untuk mengelakkan kebosanan,
aku memakai earphone dan mendengar lagu kegemaranku. +

Apabila aku sanpai di sebuah jambatan, aku ternampak seseorang yang
tak berapa jauh sedang berjalan . Yang menakutkan aku nya, dia
berpakaian seperti /badut /. Aku perlahan lahan jalan ke belakang. +

/Krak./+

Aku secara tak sengaja terpijak daun yang dah layu. Badut itu menoleh
ke arah aku. Dia mula datang ke arah aku. Aku pun pecut lari . Badut itu
yang asalnya berjalan, terus berlari.+

Nasib baik aku lagi laju daripadanya. Aku sempat memanjat pokok dan
duduk di bahagian atas sekali. Aku ternampak badut itu sedang lalu
dibawah sambil memandang kiri dan kanan. Baru ku sedar yang dia sedang
memegang sebuah kayu besbol. Dia pun berjalan pergi. +

Kira kira 30 minit kemudian, aku pun turun dari pokok dan mendarat
dengan berhati hati. Aku mula berjalan ke arah jalan keluar dari kawasan
hutan. Aku pun, pecut lari . +

/Tiba tiba../+

Entah kenapa aku rase seperti hendak menoleh ke belakang. Aku pun
menoleh. Kelihatan */badut /*itu sedang mengejari aku. Aku menjerit.
Nasib baik aku hampir sampai di bandar, di mana beberapa kedai sudah pun
dibuka. Aku memasuki perpusatakaan yang beroperasi 24 jam. Aku menyorok
di belakang sebuah rak, yang tak jauh dari pintu masuk. Kelihatan badut
itu lalu di hadapan perpustakaan. Aku menghembus nafas lega. Aku
mengeluarkan fon, dan memeriksa masa.

" Baru pukul 6.19 pagi. "

Aku mengambil keputusan untuk balik rumah.

Di rumah ~

Aku duduk di hadapan komputer dan mula menaip
' Creepy clown sighting .'

Results yang aku dapat, semua tajuk mempunyai ayat seperti Killer
Clown Sighting .
Aku pun menaip ayat itu.

Aku tengok video video itu satu persatu

Aku tengok video video itu satu persatu... Mashallah.. Ade sampaikan
badut tu lompat atas kereta lagi...

Aku yang berasa seram sejuk , terus menutup youtube dan mula mandi.
Firasat aku untuk mengatakan bahawa bawak fon sekali ke dalam bilik air.
Aku kalau dah tertengok benda seperti menakutkan, aku sentiasa bayangkan
bende yang bukan bukan seperti nanti ade pembunuh masuk rumah aku, ade
hantu atau ape ape jelah.

Tiba tiba terlintas di otak aku yang Killer clown akan masuk ke dalam
rumah aku. Aku hanya gelak dan terus masuk ke dalam bilik air. Walau
bagaimanapun, aku tetap bawa fon sekali.

Aku merendamkan diri di dam tub mandi sambil berangan seketika.
Suasana sepi sahaja sehinggakan aku boleh dengar bunyi orang bukak pintu
rumah.

Jap..

Bunyi orang bukak pintu rumah..?

Aku cepat cepat keluar dari tub mandi , lilitkan tuala di sekeliling
aku dan keluar dari bilik air. Bilik air ni adelah yang kedua punya
bilik air. Lokasinya adalah di tingkat atas dan berada sebelah - sebelah
bilik aku. Aku perlahan lahan melihat ke arah beranda tangga. Aku nampak
badut yang kejar aku pagi tadi sedang jalan jalan sambil memegang bukan
kayu besbol tapi sebatang pisau. Aku terus menuju ke pintu bilikku dan
memulasnya perlahan lahan. Aku masuk ke dalam , dan tutup pintu.
Malangnya nasib, dia terdengar bunyi tersebut. Aku cepat cepat mengunci
pintu. Badut tersebut mengetuk pintu bilikku dengan begitu kuat.

" P - pergi dari sini!! Kalau tak, ak - aku telefon polis!!"

Bunyi hentakkan pada pintu berhenti. Pada mulanya aku ingatkan yang
dia sudah pergi, tapi sebaik sahaja dia mencucuk pintu bilikku
dengan pisaunya, ingatan aku itu terbukti salah. Aku menjerit dan lantas
mengambil fonku. Aku mendail nombor polis tapi tengok tengok...

Kredit habis..

Aku duduk di hujung bilik sambil mengambil Maya sekali. Aku menangis
sambil memeluknya.

" Maya... Aku ... Aku takut ..." kata aku dalam tangisan.

Tiba tiba langit yang berada di luar rumah ku menjadi gelap. Petir
mula menyambar. Badut itu sudah berhenti mencucuk pintu.+

Bunyi jeritan daripada seorang lelaki yang berusia , bergema. Selepas
beberapa minit, aku pun keluar dari bilik aku dalam keadaan berpakaian.
Aku telah disambut dengan permandangan yang kurang enak.

Terdapat seperti darah seseorang yang telah diheret menuju ke arah
bawah tangga . Aku pun jalan dan mengikuti arah itu. Darah itu membawa
aku terus ke dapur. Aku tergamam.

Badut yang telah kejar aku sepanjang pagi , kini sedang duduk
bersandar sambil isi perutnya kosong. Tulangnya telahpun remuk dan
patah. Kepalanya telah dibahagikan menjadi dua. Hanya bahagian tengah
tengah hidungnya dan ke bawah badan sahaja yang tinggal. Bahagian atas
hidung hingga ke atas kepala hilang. Aku memandang ke arah meja.
Kelihatan sebuah pinggan yang berisi bebola matanya di atas usus usus
yang telah dililitkan menjadi seperti hidangan spaghetti . Aku pergi ke
tandas yang dekat dengan dapur dan muntah . Aku pamkannya dan membasuh
mulutku. Aku mengambil telefon rumah dan mendail nombor telefon polis.
Aku baru perasan yang ada sekeping nota ditinggalkan di atas meja.

Harap kau suka spaghetti tu. Memandangkan kau belum makan ape ape
lagi, aku buatkan tu untuk kau. Kalau kau tertanya tanya dimana bahagian
kepalanya yang satu lagi dan organ organ dalamannya, aku telah
memakannya. Aku lapar.. So aku makan jelah. Kau pun be prepare ah. Mane
tau esok lusa kau pulak ke.
Oh, kulit kepala dia... Aku jadikan hadiah kat kau. Cuba kau tengok kat
dalam kabinet.

Sampai disitu sahaja. Aku tak sanggup untuk melihat ke dalam kabinet.
Tetapi aku buat juga. Bak kata pepatah english,
' The curiosity kills the cat.'

Aku pun membuka kabinet. Aku terus terjatuh dan lari keluar rumah. Ape
yang aku nampak dalam kabinet tu ialah sebuah mangkuk, /yang telah
dibaluti dengan kulit badut itu. Terpampam soket matanya yang kosong
dan masih darah mengalir bersama dengan separuh hidungnya pada mangkuk
itu.+

Aku duduk di luar rumah dan menangis . Beberapa minit kemudian, polis
pun sampai. Beberapa polis masuk ke dalam. Seorang anggota polis
perempuan menghampiri aku.

" Adik tak ape ape? Mana mak dan ayah adik?"

Aku menjawab persoalannya sambil tergagap gagap.

" Puan, badut tu telahpun mati... Tetapi dalam keadaan yang tidak
normal.." kata seseorang

Anggota polis perempuan itu memandang belakang aku. Matanya bulat. +

" Encik Sufian! Tolong bawak budak perempuan ni ke balai segera! Ape
nombor telefon mak adik?"

Selepas memberikan nombor telefon, aku terus dimasukkan ke dalam
kereta polis.
Saat ini, ku lihat keadaan persekitaran rumah kelam kabut, Anggota polis tadi sedang bercakap dalam telefon dengan riak muka yang kalut sementara beberapa anggota polis yang lain sedang menggeledah rumah. Mata aku hanya tertumpu pada mereka sehinggalah perlahan-lahan kelibat mereka hilang dari pandangan mataku.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience