Malam itu tidak seperti malam yang lain, sedikit berbeza, kelam, langit hitam pekat, angin menderu seakan mengilai. Aku sedang berjalan di suatu lorong yang gelap apabila aku terdengar bunyi seperti bisikan dari belakang aku. Aku berpaling. Namun, tiada apa-apa di belakang aku. Aku sambung berjalan. Semakin lama semakin kuat bunyi tersebut.
Perkataan yang terakhir aku dengar ialah
‘’LARI!!’’
Dengan itu, aku menoleh kebelakang dan ternampak seseorang yang berambut
hitam panjang menutupi mukanya lari ke arah aku. Baju dress putihnya
koyak koyak dan kuku jarinya pula tajam yang teramat. Dia mengejar aku
sambil menjerit. Aku pun lari . Ketika sedang berlari, aku terlanggar
batu . Maka, aku pun terjatuh ke tanah. Makhluk itu melompat ke arah aku
sambil menjerit+
' Ke mari!! Nyawa kau milik aku! Aku punya!!'
Aku terbangun.
Badan aku berpeluh. Pernafasan aku agak tidak terkawal. Aku melihat
sekeliling aku. Rupanya aku masih berada di dalam bilik. Aku menghembus
nafas lega kerana ianya hanyalah mimpi.
Tapi siapa sangka yang ianya akan menjadi realiti...
Share this novel