BAB 8

Romance Completed 3410

“Berhenti! Jangan bunuh ayah aku!” Dalilah cuba menghalang sebarang perkara buruk terjadi. Tubuhnya mula menggigil dan resah memenuhi jiwa. Bila-bila masa sahaja pisau itu boleh menoreh leher ayahnya.

“Aku akan bunuh ayah kau macam mana aku bunuh mak kau dua belas tahun yang lepas! Hahaha!” Lelaki itu ketawa terbahak-bahak mengejek.

“Kak Ila! Kak Ila!”

Panggilan Diana itu langsung menyedarkan Dalilah dari mimpinya. Dalilah refleks bangun dan menyeka peluh yang menitis di wajahnya. Kini, dia telah mendapat jawapan. Dia sudah ingat kembali segala-galanya. Dia tidak akan melupakan wajah lelaki yang telah menembak arwah ibunya dahulu. Dalilah berasa panik.

“Kak Ila, kenapa ni?” Diana terkejut melihat kakaknya yang menjerit-jerit di tengah malam ketika sedang tidur. Damia yang tadinya lena diulit mimpi, kini juga telah terjaga.

Dalilah memegang kepalanya sambil menggeleng-geleng. Jantungnya berdegup sangat kencang. Dalilah seolah-olah diserang histeria. Dia masih trauma dengan mimpinya sendiri. Nafasnya turun naik. “Dia nak bunuh ayah!”

Damia segera mendekati dan memegang tangan Dalilah serta membacakan ayat kursi di telinganya untuk menenangkan jiwanya. “Ila, kenapa ni? Ila mimpi buruk?” Dalilah merenung kedua-dua biji mata kakaknya kemudian memeluknya sambil menangis.

“Kakak, kakak jangan kahwin dengan Abang Qayyum?” pinta Dalilah dengan penuh simpati. Dalilah memeluk kakaknya dengan lebih erat. Diana cuma memerhatikan keadaan. Dia masih lagi terkejut dengan kelakuan kakaknya itu.

“Ila, kenapa cakap macam tu? Bukan selama ni Ila juga yang berkenan dengan Abang Qayyum? Kenapa tiba-tiba tak bagi kakak kahwin dengan dia?” lembut Damia bertanya. Dia masih lagi cuba menenangkan Dalilah sambil mendapatkan sebuah jawapan atas permintaan yang aneh itu.

Dalilah yang masih lagi dalam tangisan menjawab, “Kakak, Ila dah ingat balik. Ila dah ingat semuanya. Allah dah tunjukkan Ila petunjuk melalui mimpi. Kali ini, Ila betul-betul pasti! Ayah Abang Qayyum, Pak Cik Amri itulah pembunuh arwah ibu. Dan kemungkinan besar, dia yang telah membunuh datuk dan nenek. Kakak, kakak kena putuskan tunang dengan Abang Qayyum!”

Dalilah menjelaskan panjang lebar. Damia dan Diana yang mendengar terperanjat. Sukar untuk mereka mempercayai apa yang telah dijelaskan sebentar tadi. Setelah 12 tahun pencarian, akhirnya mereka menemui pembunuh keluarga mereka. Satu hakikat yang sukar untuk diterima.

Damia tidak percaya. Bakal mertuanya yang telah membunuh ibunya selama ini?

“Ila, Ila jangan main-main. Boleh jadi, semua tu hanya khayalan Ila. Apa yang Ila katakan sebentar tadi boleh jadi satu fitnah besar, tahu? Tak mungkin Pak Cik Amri yang bunuh arwah ibu, datuk dan nenek. Pak Cik Amri tu baik orangnya.”
Dalilah melepaskan pelukannya.

“Kakak, kalau kakak tak nak percaya kata-kata Ila terpulang kepada kakak. Tapi apa yang Ila cakap tadi semuanya betul. Mula-mula Ila sendiri tak cam Pak Cik Amri. Tetapi kini, Ila dah ingat semuanya. Ila tak mungkin akan lupakan wajah orang yang bunuh ibu. Kakak, Ila ada di tempat kejadian. Ila masih ingat lagi muka si penjahat tu. Ila tak akan maafkan dia!”

“Ok, ok. Katakanlah Pak Cik Amri tu memang orangnya, takkan dia tak cam kita?” Diana pula menyoal. Diana langsung tidak mengingati apa-apa kerana dia baru sahaja berusia 3 tahun ketika ibunya meninggal dunia.

“Manalah Kak Ila tahu. Mungkin dia sengaja mahu tunangkan kakak dengan Abang Qayyum untuk tutup kesalahannya. Mungkin... dia tak ingat langsung. Lagipun ayah, kakak dan adik tidak ada di rumah ketika itu. Cuma Ila sahaja, dan Ila masih kecil. Mustahil dia cam wajah Ila.” Air mata Dalilah masih tidak berhenti menitis.

“Ila, apa yang Ila cakap tadi tu sesuatu yang serius tahu? Ila mungkin boleh bantu kita jumpa pembunuh arwah ibu, atau Ila mungkin telah memfitnah seseorang,” Damia cuba berbicara secara rasional.

“Kakak, Ila pasti kita dah jumpa pembunuh ibu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience