BAB 1

Romance Completed 3410

PAK PAK PAK DEBUKSHH

Tumbukan padu terakhir tepat mengenai punching bag yang berwarna merah di hadapannya itu. Puas hatinya. Dia menyeka peluh yang menitis di pipinya itu.

Di saat dunia berputar mengikut paksi dan kacau bilau penuh dengan cinta, drama, peperangan dan politik membuas dia menemui ketenangan jauh dari semua yang merunsingkan itu hanya dengan latihan di pusat EF Centre ini.

“Ila, bila kami semua boleh tamatkan latihan ni? Hafiz penatlah,” Hafiz mendaratkan tubuhnya di atas lantai yang dialas dengan karpet bersih itu.

“Amboi. Aku tak suruh lagi kau berhenti,” Dalilah menjeling tajam bapa saudara yang muda setahun daripadanya itu.

Kemudian pandangannya dialihkan menghadap kesemua anak-anak buahnya yang sedang berlatih tendangan. Ada aura kepenatan yang terpancar pada wajah masing-masing. Kasihan pula Dalilah melihat mereka sedemikian rupa.

“Baiklah, Kak Ila nak tengok double front kick semua orang. Lepas tu kita semua boleh pulang,” selepas Dalilah memberi kata putus, Hafiz yang terbaring tadi langsung bangkit dan membuka posisi kekudanya. Biarlah dia yang menjadi orang pertama untuk menunjukkan tendangannya kepada Dalillah.

Dalilah mengangguk sambil tergelak kecil melihat aksi bapa saudara muda itu. Meskipun pangkat mereka berbeza, mereka merupakan teman sepermainan daripada kecil dan mempunyai minat yang sama iaitu dalam seni mempertahankan diri Tae Kwon Do.

Bezanya, Dalilah sudah menjadi pemegang tali pinggang hitam semenjak dia berada di tingkatan tiga dan Hafiz masih lagi memegang tali pinggang merah kerana jarang datang latihan. Penglibatannya dalam pasukan bola sepak sedikit sebanyak menjejaskan usahanya untuk menaikkan pangkat tali pinggang.

Hafiz menarik kaki kanannya ke belakang dan menggenggam penumbuk ke dadanya. Setelah itu, kaki kanannya terbang separa ke udara diikuti kaki kirinya yang dilepaskan penuh dalam keadaan melompat. Tendangan dan daratan yang cukup kemas itu diiringi tepukan oleh anak-anak muda yang hadir.

Mereka yang mendaftar untuk kelas Tae Kwon Do itu berada dalam lingkungan tujuh sehingga belasan tahun. Tenaga pengajar mereka yang sebenar iaitu Sir Jamil sering mempunyai urusan di tempat lain, oleh itu Dalilah telah diberi kepercayaan untuk mengajar anak-anak murid di situ.

Selesai giliran Hafiz, anak-anak yang lain pula berebut mahu menunjukkan tendangan masing-masing sehingga ada yang bertolak-tolakan. Apabila setiap orang telah menunjukkan tendangan mereka, barulah Dalilah memberikan mereka kebenaran untuk pulang.

Dia menunggu sehingga semua ibu bapa menjemput anak-anak itu demi memastikan keselamatan mereka. Suatu lagi perkara yang mampu menggembirakan hati Dalilah adalah tatkala melihat wajah bahagia anak-anak dijemput ibu bapa mereka.

“Mukhriz dah balik. Ibu dia kirim salam,” Hafiz mengejutkan Dalilah daripada lamunannya.

“Semua dah balik. Jomlah. Hari ni kau bawa motor,” Dalilah menyerahkan kunci motosikalnya kepada Hafiz. Perjalanan untuk ke rumah mengambil masa hampir lima belas minit. Begitulah rutin Dalilah setiap hujung minggu semenjak menamatkan peperiksaan SPM bulan lepas.

“Mia, bila lagi awak nak buat kek coklat macam semalam? Sedap! Awak ni memang pandai bab-bab memasak ni!” Khadijah menyoal separuh teruja.

Dia masih lagi tidak dapat menghilangkan rasa keenakan kek coklat yang lembut disaluti coklat pekat yang berhiaskan strawberi buatan Damia. Tambahan lagi, dia memang seorang penggemar kek coklat.

“Saya baru buat semalam awak dah minta saya buat lagi? Amboi!” Damia mengangkat kedua-dua belah keningnya buat-buat protes.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience