BAB 9

Romance Completed 3409

Kereta Toyota Corolla berwarna biru muda meluncur laju masuk ke dalam pekarangan rumah. Damia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Hari itu mungkin merupakan pengakhiran kepada sebuah kebahagiaan yang baru tercipta.

Damia beristighfar panjang. Qayyum keluar dari kereta dan memerhatikan Damia dengan satu pandangan yang tidak boleh ditafsirkan maksudnya. Qayyum berjalan menghampiri Damia tanpa sepatah kata.

Akhirnya, Qayyum bertindak memecahkan kebisuan.

“Puas hati? Ayah saya dah mengaku perbuatannya. Ayah dah masuk penjara sekarang ini. Puas hati awak, Damia?” kesedihan jelas terlakar pada wajah Qayyum.

Damia tahu, situasi itu sangat sulit untuk Qayyum sekarang ini. Dua puluh tahun lebih dia hidup tanpa mengetahui ayahnya seorang pembunuh. Paling teruk lagi, orang yang memasukkan ayahnya ke dalam penjara adalah keluarga tunangnya sendiri.

“Qayyum, saya tak tahu macam mana nak cakap. Situasi ni rumit.”

“Awak memang tak sukakan saya dari dulu kan? Itu hakikatnya. Sebab itulah awak tolak saya dengan alasan nak kejar cita-cita fashion designing awak tu. Dan sekarang, saya pula jadi mangsanya?”

Qayyum menyoal, tetapi masih dengan nada yang lembut. Dia terlalu menyayangi wanita di hadapannya itu. Hatinya cuma sedikit terhiris sejak mengetahui ayahnya terhumban ke dalam penjara.

“Saya tak pernah tolak awak,” Damia menunduk.

Qayyum cuba menenangkan dirinya. “Mia, saya minta maaf sebab ayah saya, ibu, datuk dan nenek awak meninggal dunia. Tapi tak mungkin awak akan terima saya lepas semua ni kan?”

Damia masih diam membisu, membiarkan anak muda di hadapannya itu melontarkan segala rasa yang terbuku.

“Saya tahu awak tak sukakan saya. Dan saya faham kalau awak tak mahu teruskan hubungan ni lagi,” Qayyum menambah. Perit hatinya untuk berkata seperti itu.

Dia sudah mengenali Damia sejak sekolah menengah lagi. Namun, dia cuma memberanikan diri untuk menegurnya sejak mereka masuk universiti yang sama. Mungkin mereka tidak ditakdirkan bersama.

Damia dihujani perasaan sedih. “Qayyum, awak tak faham-faham lagi ya?” Qayyum bingung dengan pertanyaan itu. Tak faham? Apa yang dia masih tidak faham?

“Qayyum, kenapa saya perlu terima pertunangan ni kalau saya tak suka awak? Awak tak faham lagi ya?”

Damia meluah rasa meskipun perasaan malu menyelubungi dirinya. Dia masih menunduk. Qayyum terkejut mendengar sesuatu yang amat diharapkannya selama ini. Damia bertekad menceritakan hal yang sebenar kepada Qayyum sebelum terlambat.

“Baru-baru ni, saya ada terima tawaran ke Brunei. Rekaan yang saya hantar ke universiti di Brunei tempoh hari telah diterima. Mereka sediakan tempat tinggal juga untuk saya. Saya belum beritahu sesiapa pun tentang hal ni, termasuk keluarga saya sendiri. Saya... bercadang untuk pergi...”

Qayyum menarik nafas panjang. Apa lagi dugaannya kali ini? Nampaknya, dia benar-benar harus merelakan sebuah perpisahan itu terjadi.

“Damia, tahniah saya ucapkan. Saya tahu awak cintakan impian awak tu. Saya harap awak akan lebih berjaya di sana nanti.”

“Awak, saya belum habis cakap lagilah. Saya... bercadang untuk pergi... dengan awak.”

Qayyum tidak terkata-kata. Dia sungguh tidak mengharapkan sedemikian rupa. Ternyata, Allah turunkan hujan kerana Dia mahu mengurniakan pelangi yang indah kepada hambaNya. Qayyum juga baru bercadang untuk bekerja sambil belajar di tempat baru semenjak ayahnya dimasukkan ke dalam penjara. Qayyum tersenyum penuh makna. Dia mengucapkan syukur di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience