BAB 11

Romance Completed 3409

Selepas ini, dia bertekad untuk mencapai impiannya dan tidak sesekali mengalah kepada keadaan.

Ujian akan sentiasa datang dan Tengku Fatehah mungkin tidak akan serik membulinya. Tetapi dia akan kuatkan diri untuk mengharungi semua itu.

Beberapa minit setelah itu, kedengaran bunyi motor di luar rumah. Dalilah sudah pulang dari kelas Tae Kwon Do. Melihat kereta di pekarangan rumah, dia sudah boleh menduga siapa yang datang.

Dalilah masuk ke dalam dan memerhatikan wajah Qayyum yang berada di ruang tamu. Qayyum menatap Dalilah dengan serba salah kerana dia tahu, Dalilah merupakan orang yang paling terkesan dalam insiden itu.

“Ila, Abang nak minta maaf...” Qayyum bangkit dari duduknya. Dia tahu, dia mesti menghadapi gadis itu. Walau bagaimanapun, Dalilah bakal menjadi adik iparnya dalam masa terdekat ini. Dalilah masih dengan wajah kosong.

“Ah, sudahlah!” Dalilah memotong kata-kata Qayyum.

Damia yang masuk ke dalam bilik tadi langsung keluar setelah mendengar bunyi enjin motosikal Dalilah. Dia khuatir penerimaan Dalilah terhadap Qayyum kerana adiknya itu pernah meminta agar pertunangan mereka diputuskan dahulu.

“Ila...” si ayah cuba memujuk.

“Dalilah, maafkan Abang...”

Dalilah masih memotong kata-kata Qayyum.

“Sudahlah Abang. Abang ingat Ila akan maafkan Abang... sebab... Abang belikan Hafiz handphone baru!” Semua yang mendengar menjadi lega.

“La, pasal tu ke? Awak pun nak handphone juga?”

Qayyum menarik nafas lega. Situasi tegang tadi menjadi kendur. Qayyum mula ketawa diikuti yang lain. Dia memang ada mengirimkan telefon bimbit keluaran terbaru kepada Hafiz sebagai hadiah hari lahir beberapa minggu yang lepas kerana dia akrab dengan Hafiz. Qayyum tidak pula menyangka Dalilah juga mahukannya. Sangkanya Dalilah masih marahkan ayahnya.

Dalilah ketawa kerana berjaya mengenakan semua orang. Dia sudah dapat memaafkan Amri kerana dia sedar Amri sudah menyesali perbuatannya. Dalilah mempelajari seni mempertahankan diri Tae Kwon Do selama ini kerana hendak membalas dendam terhadap pembunuh keluarganya.

Tetapi akhirnya dia sudah mulai sedar bahawa ilmu yang Allah kurniakan perlu digunakan ke arah kebaikan, bukannya untuk membalas dendam. Dia berharap impiannya untuk memperluaskan lagi ilmu Tae Kwon Do akan kesampaian satu hari nanti. Dan yang pasti, dia mahu mengajarkan anak-anak muridnya supaya menggunakan ilmu itu ke arah kebaikan.

Tiga wanita ini, Damia, Dalilah dan Diana masing-masing punya cinta dan impian yang tersendiri. Sungguhpun jalan untuk mengecap bahagia itu tidak semanis yang difikir kerana perlu melalui beberapa siri dugaan untuk merasa kemanisannya, tidak mengapa.

Mereka bertiga enggan mengalah dan akan terus memburu impian pada jalan yang betul. Biar lambat asal sentiasa dalam redha Illahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience