BAB 4

Romance Completed 3409

Entah kenapa hatinya resah dan tidak tentetram sedari tadi. Hujan mula turun di luar rumah. Sudah jam 9 malam tetapi ayah dan adik-beradiknya masih belum pulang lagi. Dalilah menonton televisyen dan berusaha untuk tidak melelapkan mata kerana dia mahu menunggu kepulangan keluarganya.

Ibunya pula sedang mencuci pinggan di dapur. Tidak lama kemudian, Dalilah terdengar bunyi ketukan berkali-kali di pintu. Tanpa melengahkan masa, dia segera melompat dari sofa dan membuka pintu. Alangkah terkejutnya apabila di hadapannya muncul tiga orang lelaki bertopeng hitam. Salah seorang daripadanya sedang memegang pistol.

Dalilah cuba berlari namun sempat ditangkap oleh salah seorang perompak itu. Ibunya yang baru keluar dari dapur sangat terkejut apabila mendapati anaknya sedang berada dalam genggaman seorang lelaki bertopeng. Mereka segera menutup pintu dan mengikat kedua-dua beranak itu di ruang tamu.

Mulut Dalilah dan ibunya turut diikat ketat. Ketiga-tiga makhluk tidak dikenali itu masuk dari satu pintu ke pintu yang lain dan mengambil wang serta barang-barang bernilai yang ada. Namun, tidak banyak jumlah yang dapat diambil oleh mereka kerana ayah Dalilah sering menyimpan wang di dalam bank.

Suatu kejadian yang tidak diduga terjadi apabila datuk dan nenek Dalilah tiba secara mengejut. Namun, kehadiran mereka yang bertujuan sebagai satu kejutan itu berakhir dengan satu tragedi.

Perompak-perompak itu terkejut dengan kehadiran mereka dan segera membelasah datuk dan nenek tanpa sebarang simpati. Datuk sempat menarik topeng salah seorang penjenayah. Akibat daripada tindakannya itu, datuk dan nenek dibelasah sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalilah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis. Ibunya pula cuba untuk membantu mertuanya dalam keadaan yang tidak terdaya itu. Dia cuba meronta-ronta dan tidak tahan melihat mereka diseksa. Akibat panik, salah seorang daripada perompak yang telah dibuka topengnya itu melepaskan das tembakan tepat mengenai dada si ibu.

Dalilah sekali lagi cuma mampu memerhatikan ibunya yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu. Setelah itu, mereka bertiga melarikan diri bersama hasil rompakan malam itu. Selepas itu, Dalilah sudah tidak sedarkan diri lagi dan apabila sedar dia mendapati dirinya sedang terlantar di hospital bersama ayahnya.

Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Nada dering lagu Al-Haq kedengaran sekaligus memecahkan lamunan Dalilah tentang masa silamnya. Dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan. Di hujung talian, kedengaran suara tercungap-cungap seperti orang yang baru selesai berlari. Dalilah sudah mengerutkan keningnya.

“Ila, masalah! Budak-budak kita, kena kacau kena budak Tae Kwon Do dari kelab lain. Mereka sedang bertarung untuk tentukan siapa lagi hebat,” Hafiz tergesa-gesa menjelaskan.

Dia menarik nafas pendek. Jika diikutkan, dia mahu sahaja membantu yang lain tetapi dia perlu melaporkan kepada Dalilah terlebih dahulu.

“Apa? Di mana?!” Dalilah terperanjat campur tidak percaya. Baru kali pertama kes seperti ini terjadi.

“Belakang sekolah Hafiz. Cepat datang.”

“Baiklah. Kau tunggu aku.” Talian dimatikan.

Dalilah segera mencapai kunci motosikalnya dan menghidupkan enjin. Dia harus segera bertindak untuk menghentikan perkelahian dua kelab itu.

Paling penting, salah satu kelab Tae Kwon Do yang bertarung itu kini berada di bawah jagaannya. Kira-kira sepuluh minit kemudian barulah Dalilah tiba di tempat kejadian. Hafiz dan yang lain-lain sedang hangat bertarung. Beberapa orang sudah tumpas menyembah bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience