SINOPSIS

Romance Series 4598

Syahzani Amar, lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang. Segala yang dilakukannya hanyalah demi nafsu dan keseronokan semata-mata. Hidupnya tiada peraturan dan bebas bergaul tanpa ada sekatan dosa dan haram.
.
"It's okay to be gay. And I think being gay is a blessing. And it's something I am thankful for every single day." - Syahzani Amar.
.
Namun, takdir sudah bergema. Pertemuan yang tak disangka antara dua jiwa, Ainnun Maryam terus mengubah hidup Syahzani Amar untuk selama-lamanya. Bagi Ainnun Maryam, dialah lelaki yang diimpikan selama ini. Manakala Syahzani Amar tidak mahu terus memberi harapan palsu kepada si gadis tersebut. Tatkala kasih mula berputik, cinta Ainnun Maryam ditolak mentah. Dia yang tidak mengenal erti putus asa tetap mengejar tanpa rasa penat. Dengan harapan, semoga cinta yang suci menjadi milik mereka.
.
"There is a million reason... pada diri awak yang tak menepati kehendak saya!" Jerkah Syahzani Amar apabila kesabarannya mula menipis.

"Apa dia?" Ainnun Maryam bertanya dengan nada tenang walaupun hatinya bergelodak kencang.

"Don't you get it? I am gay!" Jujur lelaki itu. Ditenung wajah bujur sireh wanita itu sedalam-dalamnya.

Ainnun Maryam terpempam. Lidahnya terkaku seribu bahasa. Tanpa sedar, mutiara jernih itu perlahan menitis di lurah-lurah pipinya. Saat hati sudah terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai pemilik cinta dalam hidupnya, namun peluang itu terhempas bagai kaca yang berderaian. Ainnun Maryam redha dengan ketentuan Allah Swt.
.
Demi kasihnya, Ainnun Maryam dengan rasa tekad ingin mengubah Syahzani Amar menjadi manusia yang lebih baik. Menjalani hidup sebagai Hamba Allah yang diredhai. Baginya, cinta bukan beerti memiliki tetapi ianya tentang sebuah pengorbanan. Ainnur Maryam berkali-kali menagih the , namun ditolak tanpa simpati. Apakah yang dia perlu lakukan untuk menjadikan seribu kekurangan di mata Syahzani Amar itu bertukar menjadi seribu keistimewaan?

Share this novel

Bunga Iela
2019-12-31 17:07:57 

lmbt lg ke nk update cite ni?


NovelPlus Premium

The best ads free experience