Bab 1

Romance Series 4598

SUASANA di dalam kelab malam mewah itu gamat dipenuhi himpunan manusia yang sedang sakan menari. Bunyi muzik clubhouse yang berkumandang makin mengasyikkan suasana. Ada yang terkinja-kinja dan meliuk tubuh mengikuti rentak muzik, ada juga yang sekadar menjadi pemerhati di barstool sambil menikmati minuman di gelas. Tempat yang membingitkan itu bukanlah untuk individu yang gemarkan ketenangan.

Namun, berbeza dengan keadaan Syahzani. Muzik rancak yang menyakitkan telinga itu bagaikan irama yang menyenangkannya. Baginya, di sinilah dia banyak menghabiskan masa untuk lari dari masalah hidup, menjadi persinggahannya selepas penat seharian di pejabat dan semestinya tempat dia mencuci mata.

Untuk kesekian kalinya dia meneguk minuman, tatkala itu ekor matanya memerhatikan seseorang dari arah bertentangan. Beberapa langkah di hadapannya kelihatan lelaki bertubuh sasa sedang berdiri sambil tersenyum padanya. Gelas dijulang, itulah bahasa isyarat yang digunakan tanda bertegur sapa. Syahzani menarik senyuman penuh makna. Mata liar Syahzani meratah tubuh sasa itu. Dia pantas menggigit hujung bibirnya. Imaginasinya sudah mula membayangkan figura tersebut sehingga tidak sedar lelaki itu sudah berada di hadapannya.

“Kita selalu terserempak, tapi tak pernah bertegur. Am I right?” Tanya lelaki bertubuh sasa itu.

“Maybe.” Syahzani membalas pendek. Dia menyandarkan tubuhnya dalam keadaan santai.

Ada segaris senyuman nipis yang terukir di bibir lelaki bertubuh sasa itu. Lalu dia menghulur tangannya.

“Nama aku Ilham, kau?”

Beberapa detik Syahzani hanya memandang huluran itu. Dia bukanlah jenis yang tangkap muat dalam sesi perkenalan. Pantang nampak terus rembat. Tidak mahu disangka biadap, Syahzani menyambut salaman itu dengan genggaman yang mesra.

“Syahzani tapi panggil aku Syah.”

Ilham segera tersenyum. Matanya masih memandang jejaka berkulit sawo matang itu. Sesekali, matanya jatuh pada dada kekar yang kelihatan di sebalik kemejanya. Warna hitam yang dikenakannya ternyata menyerlahkan lagi kejantanannya.

“Sendiri?” Syahzani menyoal ingin tahu.

“Nampaknya begitulah. And you?” Giliran Ilham bertanya.

“Nampaknya begitu juga.” Syahzani senyum nipis. Minumannya yang separuh diteguk hingga habis. Kemudian dia memesan segelas minuman yang sama.

“Boleh aku join?” Bagaikan mata helang Ilham memandang wajah maskulin Syahzani.

“Sure. Have a seat.” Balas Syahzani tanpa teragak-agak.

Mendengar jawapan positif Ilham menghampiri dan duduk bersebelahan. Dia juga memesan minuman yang sama seperti Syahzani. Bunyi alunan muzik yang bergema di dalam kelab langsung tidak menggangu sesi perbualan mereka. Makin lama Ilham mengambil kesempatan untuk mendekati Syahzani dengan lebih rapat. Dia berasa tertarik untuk mengenali jejaka itu.

“Hard day, bro? Kepam je muka tu.” Ilham memulakan perbualan.

Syahzani menyisip minumannya sedikit. Dia diam sejenak seakan berkhayal, kemudian keluhan meniti di hujung bibirnya.

“Biasalah. Hidup mana ada jalan mudah. Datang sini sebab nak release stress.”

“Kau datang ke tempat yang betul. Ramai hot chicks kau boleh dapat malam ni. Tak nak try?” Ilham semakin galak bertanya.

Syahzani menggeleng. “Perempuan dan complicated, berpisah tiada.”

“Ayat macam baru frust dengan girlfriend je? Tell me, what’s wrong?” Ilham rapatkan badannya ke meja. Sedia untuk mendengar cerita dari mulut lelaki itu. Jujur, ada sesuatu yang dia mahukan. Bukan sekadar perbualan biasa saja.

“Girlfriend tak pernah ada dalam kamus hidup aku.” Syahzani menekan nadanya.

“Why?” Ilham semakin berminat ingin tahu.

Syahzani merenung gelas kaca berisi air di hadapannya. Lantas gelas itu diangkat. “Look at this, bayangkan ini minda perempuan. Fikiran mereka macam ais dalam gelas ni. Kabur dan tak jelas. Berbanding dengan lelaki...” Terus Syahzani meneguk sisa air itu hingga habis. “Fikiran mereka ibarat gelas yang kosong. Kau boleh nampak dan tak perlu teka apa yang ada dalam gelas ni.”

“Jadi kau prefer lelaki dari perempuan?” Tanya Ilham bersama senyuman herotnya.
Pertanyaan yang terpacul itu membuatkan Syahzani mati ayat. Tiada respon dari Syahzani melainkan dengusan nafas. Dia memandang ke hadapan semula seolah-olah tidak memahami maksud soalan lelaki yang baru dia kenali itu.

“Syah, I ask you something?” Ilham memberanikan diri bertanya.

Syahzani seakan dapat mengagak soalan yang ingin ditanyakan oleh Ilham. Dia sekadar mengangguk sebagai balasan.

“Are you gay? I know, this is personal. Tapi aku dapat scan sama ada lelaki itu gay atau tak.” Senyuman meleret di bibir Ilham. Dia mahu mendengar sendiri pengakuan lelaki itu secara jujur. Walaupun sudah terang lagi bersuluh.

“Kalau betul aku gay kenapa? Kau ada masalah?” Jujur, Syahzani sudah lali dengan tanggapan orang terhadap seksualitinya.

“Chill bro. Aku cuma tanya. Pada aku, semua tu kebebasan dan hak seseorang.” Ujar Ilham.

“Yes, I am gay. And I think being gay is a blessing. And it’s something I am thankful for every single day. And you? Apa? Straight?” Duga Syahzani.

Ilham tersenyum puas. Dia menyisip minuman di gelas sebelum memuntahkan jawapan. “Obviously, I’m gay. Tapi aku flexi. Kalau tak buat apa aku layan kau. Baik aku layan perempuan dalam kelab ni. As you can see, ramai yang ada depan mata. Aku perasan ada yang dari tadi pandang kau macam nak terkam.”

Syahzani sekadar melemparkan pandangan kosong saat jari telunjuk Ilham menuding ke arah wanita di dalam kelab itu satu-persatu.

“Aku tak tertarik.” Balasnya.

Syahzani akui, mereka cantik-cantik belaka. Pakaian yang dikenakan juga menyerlahkan keseksian mereka dan mampu menggugat syahwat setiap lelaki normal yang memandang. Namun, tidak Syahzani. Hidanglah Beyonce di depan mata, dia hanya melihat. Sentuh tidak sama sekali. Kerana keterujaan itu tiada. Perasaannya secara semula jadi lebih tertarik terhadap lelaki. Puas dia menafikannya dan menganggap itu sekadar kekeliruan perasaan. Namun hati tidak mampu menipu akal.

“Earth to Syah. Kau mengelamun. Are you okay?” Tegur Ilham. Tapak tangannya sudah mengusap peha kekar milik Syahzani.

“Aku okay.” Sentuhan itu mematikan lamunan Syahzani. Dia melirik tapak tangan Ilham yang menggosok pehanya dari tadi. Dia tidak rugi apa-apa. Apalah sangat disentuh sebegitu. Normal.

“Something else bothering you? Kau boleh share dengan aku kalau nak?” Tangan Ilham mula merayap di sekitar celah peha Syahzani.

“Tak apa. Aku tak biasa cerita hal peribadi pada orang asing.” Tubuhnya yang bersandar kembali tegak. Perlahan-lahan dia menggerakkan pehanya dan menyebabkan tapak tangan Ilham beralih. Ada kalanya dia berasa selesa disentuh sedemikian, ada kalanya dia berasa rimas.

“Well, kau boleh anggap aku kawan. Lebih dari itu pun boleh.” Ilham tidak berputus asa memujuk. Kali ini dia lebih berani memegang tangan Syahzani.

“Are you flirting with me?” Soal Syahzani.

“Relax Syah. Aku tahu kau pun nak apa yang aku nak. Dari minggu lepas aku dah lama perhatikan kau. Kau nampak kusut. Tak salah kan? Suka sama suka?” Pujuk Ilham menggoda. Dia tidak mahu menyerah.

“Mana kau tahu aku gay? Atau kau nak uji aku sebenarnya?” Syahzani tersenyum sinis.

“Come on dude. Senang je nak kenal gay. Dia macam ada magnet, ataupun aku panggil G-radar yang ada dalam diri kita. Dari mula aku nampak kau, aku dah tahu apa seksualiti kau.” Jelas Ilham tanpa teragak-agak.

“What are you? Prof. Charles ke?” Kening Syahzani terjungkit semasa bertanya. Tak lupa bersama senyuman herotnya.

Ilham tertawa halus. “Jadi, kau nak stay sini sampai malam atau nak stay di tempat aku?” Bisik Ilham ke telinga Syahzani. Rapat dan sensual.

“Maksudnya?” Syahzani berpura-pura tanya walhal dia faham apa yang dimaksudkan Ilham. Tidak ada yang perlu diselindungkan lagi dengannya. Mereka berdua mempunyai perasaan dan niat yang sama.

Ilham hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan Syahzani itu. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Dia menanti maklum balas dari Syahzani, matanya tetap melekat di wajah lelaki itu seperti mengharapkan sesuatu darinya.

“Let’s have some fun tonight.”

Masing-masing menelan air liur. Hukum dan dosa ditolak tepi saat nafsu bermaharajalela. Kedua-duanya berdiri dan berjalanan seiringan menuju ke pintu keluar. Malam ini mereka akan berpesta sakan.

ASAP rokok dihembus keluar. Satu keluhan ringan terlepas ketika anak mata Syahzani tekun melihat suasana luar dari selakan langsir tingkap. Cuaca malam itu terasa dingin dan menyukarkannya untuk tidur. Ianya menusuk hingga ke tulang. Perlahan tangannya mengurut belakang tengkuknya untuk menghilangkan rasa tegang. Untuk kesekian kalinya dia menghisap puntung rokok, namun rasa mengantuk tidak juga datang. Akhirnya sisa rokok yang tinggal terus dia campak ke dalam bakul sampah yang sedia penuh dengan puntung yang lain.

Kakinya mengorak langkah ke sisi katil dan mencapai telefon pintar miliknya di meja. Butang unlock dibuka dan dia mula memeriksa email dan pesanan WhatsApp sekiranya ada. Jarang sekali Syahzani membalas pesanan yang dia terima. Sekadar baca kemudian dia akan memadam pesanan yang tidak penting.

Retina matanya ralit merenung skrin telefon yang tertera sebuah pesanan ringkas dari seseorang. Sehingga dia menarik sebuah senyuman. Ianya merupakan mesej dari Ilham yang tertulis I miss you berserta emoji hati.

Syahzani diam seketika. Hatinya berbelah bagi untuk membalas kiriman teks itu. Adakah masih terlalu awal jika dia menyatakan hasrat sebenarnya? Tidak dapat membuat keputusan, akhirnya pesanan itu dibiarkan begitu sahaja. Syahzani terus lock screen telefonnya dan berbaring di atas katil empuknya. Tangan diletakkan di atas dahi sambil matanya memandang siling bilik. Fikirannya menerawang jauh. Di dalam hatinya yang paling dalam, terjentik satu perasaan asing. Hatinya tidak tenang dan selalu resah.

Apa yang masih kurang?

Syahzani membesar menjadi seorang gay tanpa pengetahuan keluarganya sendiri. Namun dia tertanya-tanya sampai bila hubungan songsang ini akan berterusan? Ke manakah arah tuju hidupnya kelak? Sampai sekarang, dia masih belum berjumpa dengan seseorang yang boleh menjawab segala persoalannya.
Apa sebenarnya yang dia cari? Dia cuma berharap agar masyarakat tidak terus-menerus mengeji dan mencaci golongan sepertinya yang juga mengharapkan perubahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience