BAB 5

Family Completed 1184

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu.” Suara semua perlajar mula bergema di dalam kelas 3 Fatanah.

“Waalaikumussalam. Awak semua boleh duduk.” Arah cikgu Nadierah dengan serius. Cikgu Nadierah merupakan seorang guru yang paling memahami pelajar. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu.

“Terima kasih cikgu.” Semua para pelajar mula menghenyakkan punggung di atas kerusi masing-masing termasuk aku.

“Sama-sama. Baiklah, awak semua sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang tak lama lagi?” Soalnya sambil berjalan di sekeliling pelajar.

“Sudah!!!” Semua pelajar bersuara kecuali aku.

Cikgu Nadierah memandang pelik ke arahku. Dia datang menghampiriku.

“Uqasha, awak ada masalah ke?” Soalnya kepadaku.

“Tak ada apa-apa cik…gu.” Tergagap-gagap aku dibuatnya.

“Hm, awak sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan tak lama lagi? Awak sudah mengulang kaji pelajaran?” Ulangnya dengan soalan yang sama.

“Ulang kaji apanya cikgu? Asyik main dengan kucing kurap!!!” Habib mula mencelah. Dia ialah seorang pelajar yang paling bermulut lancang. Hobinya sering menganggu kehidupan orang. Tidak sah kalau sehari dia tidak menyakiti hatiku!

Semua orang mula mengertawakan aku. Saat itu, aku rasa bagai halilintar datang memanah ke dalam anak telingaku. Kesan yang kian beransur pulih, kini berdarah semula.

Kata-katanya bagai dicucuk pisau yang baru diasah. Mukaku merah akibat menahan rasa malu kerana kelancangan mulutnya. Tetapi, aku memilih untuk berkata Alhamdulillah. Hanya dengan kata-kata itu memberi aku kekuatan semula.

“Awak diam Habib ! Awak jangan belajar biadap!” Tengking cikgu Safalina sehingga mematikan ketawa semua pelajar di dalam kelas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience