BAB 2

Family Completed 1254

“Ayah tak apa-apa.” Ujar ayah sambil melabuhkan punggungnya di atas lantai kayu rumah usangku. Badannya disandarkan di dinding kayu. Tiba-tiba, ayah terbatuk. Batuknya tidak henti membuatkan aku semakin khuatir dengan keadaannya.

“Ayah, batuk ayah semakin teruk ni.” Aku memerhatikan ayah yang tak henti-henti melepaskan batuk. Aku mengusap di belakang tubuhnya dengan lembut. Ingin mengurangkan sedikit rasa kesakitannya itu.

Ayah memandangku dengan senyuman kelat.

“Ayah tak ada apa, Uqasha. Ayah sihat lagi ni.” Ayah cuba membohongiku. Aku tahu, semua itu hanya ingin menyedapkan hatiku sahaja.

Aku juga menghenyakkan punggungku di sebelah ayahku sambil memerhati air dari atap yang menitik laju jatuh ke dalam baldi.

“Ayah, esok selepas Uqasha balik dari sekolah, Uqasha belikan ayah ubat ya.” Aku cuba memujuk ayah. Aku berharap ayah akan termakan dengan pujukanku.

“Tak payahlah Uqasha. Uqasha simpan saja wang saku itu. Nanti boleh Uqasha buat belanja makan.” Sempat lagi ayah memikirkan tentang aku di saat keadaannya begitu sakit, begitu terseksa.

“Ayah, Uqasha nak makan apa lagi ayah? Pulut dan ikan kering pun sudah memadai untuk Uqasha makan ayah. Yang penting, esok Uqasha nak belikan ubat untuk ayah.” Aku memberi kata putus.

“Uqasha, ayah tak minta apa-apa daripada Uqasha. Ayah cuma nak anak ayah berjaya dalam pelajaran. Itu sahaja. Ayah tak ada harta nak beri pada Uqasha. Harta yang ayah hanya mampu beri ialah ilmu. Uqasha gunakanlah harta itu sebaik-baiknya. Sebab hanya dengan pelajaran sahaja kita dipandang mulia oleh orang lain. Tanpa ilmu, kita tak ke mana Uqasha. Ayah berharap Uqasha dapat gunakan ilmu yang cikgu ajarkan itu dengan sebaik- baiknya. Ayah tak mahu Uqasha jadi macam ayah. Hidup miskin…” Nasihat ayahku panjang lebar.

Saat itu, kolam mataku mula berair. Menahan daripada air mata berguguran. Aku mengalihkan pandangan mataku ke arah titisan air hujan yang laju jatuh ke dalam baldi itu. Setiap titisan air hujan itu bagai mengerti saat ini, air mataku benar-benar tidak tertahan untuk ku tanggung lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience