BAB 9

Family Completed 1184

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang tidak terhingga. Akhirnya, penderitaan yang aku alami sebelum ini telah dibalas dengan kebahagiaan yang datang melimpah ruah. Aku bersyukur mempunyai ibu bapa yang tidak henti-henti memberitahu aku bahawa dengan ilmu sahaja hidup aku berubah dala sekelip mata.

Aku akhirnya, membeli rumah di Kuala Lumpur. Tinggal bersama ayahku. Rumahku di kampung kami melawat setiap hujung minggu serta menziarahi kubur ibu.

Jika ibu ada, pasti ibu akan bahagia dengan apa yang aku berikan ini. Tetapi, aku harus redha dengan semua ketentuan Allah S.W.T. Allah lebih menyayangi ibu.

Walaupun, segala kebahagiaan yang aku perolehi sekarang ini tanpa adanya ibu di sisi, jasanya yang telah mengandungkan aku selama sembilan bulan sepuluh hari telah membuatkan aku kini berjaya.

Begitu juga dengan ayah. Ayah merupakan tulang belakang kami. Ayah sanggup bekerja keras untuk menyara kehidupan kami daripada terus menderita.

Kedua-dua jasa mereka telah aku balas yakni mereka ingin melihat aku berjaya dalam kehidupan. Aku anak seorang penoreh getah mampu berdiri setanding dengan orang yang berbapakan businessman, peguam dan sebagainya. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang telah memberi kesedaran kepadaku tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.

“Jauh termenung?” tanya ayah.

“Uqasha tengah sedut udara segar ni.” Ujarku sambil memberi senyuman kepadanya. Bahagia aku melihat wajahnya yang kian berubah.

“Atau Uqasha ingatkan kekasih hati?” Usik Ayah dengan senyuman terukir di bibir. Senang hati aku melihat senyuman ayah.

Dahulu, senyuman itu mati semenjak ibu meninggal dunia. Tetapi kini, senyuman itu kembali berbunga! Kembali mekar! Terima kasih Ya Allah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience