BAB 3

Family Completed 1184

“Uqasha dengar tak apa yang ayah cakapkan ni?”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, aku mengalihkan pandangan mataku ke arah ayah dengan senyuman. Aku harus kuat! Aku harus kuat demi ayah dan ibu.

“Uqasha dengar ayah. Uqasha janji, Uqasha akan belajar dengan bersungguh- sungguh. Uqasha akan balas jasa ibu dan jasa ayah.” Ujarku menahan sebak yang mula berbukam dalam hati.

Tilam yang nipis dihujung dinding kutarik dekat dengan ayah.

“Ayah, tidurlah.” Arahku. Lantas, ayah merebahkan tubuhnya di atas tilam yang nipis dan berbantalkan surat khabar. Kemudian, aku mengambil kain selimut yang lusuh lalu menyelimutkannya ke atas tubuh kurus ayahku itu. Aku melihat mata ayah mula terpejam rapat.

Aku mencium dahi tuanya dengan penuh kasih dan sayang. Tanpa sedar, aku menitiskan air mataku jua. Tak tertahan lagi menanggung derita. Namun, apa yang mampu aku akukan? Hanya berusaha dan berdoa kepada Allah S.W.T.

Kemudiannya, aku merebahkan tubuhku bertilamkan lantai kayu rumah dan kotak yang aku jumpa di tepi bangunan sekolah, aku jadikan sebagai pengganti selimut. Aku rela terseksa kerana aku inginkan ayah selesa.

“Ibu…” Ujarku menahan rasa rinduku pada ibuku sehingga aku tidak sedar aku mula terlelap.

“Meoww!!! Meowwww!!!” Kucing jantan ini aku menggelarkan ia sebagai Si Belang.

Si Belang sudah aku anggap sebahagian daripada hidupku di kala aku senang mahupun kala aku susah. Si Belang aku anggapnya sebagai sahabat sejati. Kadang-kadang, sahabat di sekolahku menyamakan aku dengan spesis ‘binatang’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience