BAB 7

Family Completed 1184

“Yalah-yalah…” Akhirnya ayah setuju dengan kata-kataku. Aku mengorak langkah menuju ke dapur sambil tanganku menghakis kasar air mata yang mula bertakung itu untuk mengambil sudu.

Seusai memberi makan ubat, lantas menuju ke perigi untuk mandi. Kemudian, aku masak untuk aku dan ayah serta megemas rumah. Manakala, pada sebelah malam, aku mengulang kaji pelajaran hanya berlampukan sebatang lilin dan berteman seekor kucing. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa!

Lapan

“Uqasha …” Panggil ibu dengan lembut.

“Ya ibu, ada apa?” Aku datang menghampiri ibu yang sedang melipat baju itu lalu melabuhkan punggung di tepinya sambil tanganku membelek-belek buku.

“Boleh tak anak ibu janji dengan ibu satu perkara?”

Pertanyaan ibu itu membuatkan tingkahku terus terhenti. Aku memandang wajahnya dengan kerutan di dahi.

“Apa dia ibu?”

“Kalau ibu tak ada suatu hari nanti, ibu mahu anak ibu jaga ayah baik-baik ya. Boleh tak? Ibu nak Uqasha jadi anak solehah. Boleh tak?”

“Kenapa? Ibu nak pergi mana? Ayah tak boleh jaga sendiri ke?” Aku memandang ibu dengan wajah yang pelik.

“Tak pergi mana-mana, sayang. Yalah, kalau nak jadi anak solehah, Uqasha kena jaga ibu bapa, kena menghormati mereka. Uqasha mahu jadi anak solehah tak?” Ibu memandang wajahku dengan senyuman terukir di bibir. Kain yang belum dilipat, tinggal ditepi.

“Nak!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience