BAB 1

Family Completed 1184

Hidup ini kadang-kadang menyakitkan, kadang-kadang mengembirakan. Semua itu sudah aku anggap bagai asam garam dalam kehidupan.

Aku Uqasha Awani. Anak seorang penoreh getah. Ibu aku sudah meninggal dunia sejak aku berusia sembilan tahun akibat serangan jantung. Sekarang umurku lima belas tahun.

Aku anak tunggal. Tiada saudara kandung. Aku hanya tinggal bersama ayahku. Ayahku tidak kuat lagi untuk bekerja. Tetapi, dia tak pernah tunjuk yang dia penat melakukan pekerjaan itu.

Aku kagum dengan sikapnya. Saban kali, aku pulang dari sekolah akanku coret kisahku dalam buku ‘lusuh’ ini. Aku ingin menjadikan ia sebagai diari hidupku.

Hidupku bukannya seperti orang lain. Kami hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang pernah satu hari sebiji nasi kami tak jamah. Hanya kerana tiada wang untuk membeli!

Tapi aku tak mahu merungut! Aku berfikir mungkin ada orang lain yang lebih daif daripada kami. Aku harus kuat sebagaimana ayah kuat bekerja untuk menyara kehidupan kami.

Malam itu, hujan tiba-tiba datang dengan lebat, guruh berdentam-dentum, kilat sabung-menyabung. Aku terpaksa mencari baldi untuk menadah air yang bocor dari atap rumah usangku.

“Uqasha … tolong ayah ambilkan baldi di dapur.” Arah ayahku sambil terbongkok dan terketar-ketar untuk berdiri.

Aku yang melihat ayah seperti itu, sepantas kilat aku menolongnya. Kemudian, aku bergegas ke dapur kecilku untuk mengambil baldi. Lebih kurang lima minit, aku mula berada di ruang tamu usangku. Aku meletakkan baldi di tempat yang kebocoran air dari atap. Mataku melilau mencari ayah. Ayahku menggigil menahan kesejukan. Aku pantas mendapatkan ayah.

“Ayah, ayah tak apa-apa ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience