BAB 6

Family Completed 1184

Dengan lafaz bismillahirahmanirahimaku memulakan pelajaranku. Semoga Allah S.W.T memberi aku kefahahaman atas setiap apa yang aku pelajari hari ini.

Aku mengorak laju langkahku. Habib dan rakan-rakannya di belakang mengejarku dengan pantas. Apabila aku berasa mereka berasa berhampiran denganku, sepantas kilat aku berjalan.

“Hei, Si Kurap! Kau nak pergi mana tu hah? Kalau kau lari pun, aku boleh kejar kau lah Kurap oi!!!” Kata- katanya memang memedihkan hati. Habib merupakan jiran sebelah rumahku. Anak orang kaya. Hobinya saban hari hanya menganggu dan merendah-rendahkan orang!!!

Kali ini, aku berlari dengan sepantas kilat. Aku terdengar jeritan mereka sayup-sayup di halwa telingaku. Mungkin mereka sudah berada jauh dengan aku. Tanpa melengahkan masa aku bergegas menuju ke rumah sambil menggenggam erat ubat ditanganku supaya tidak terjatuh.

“Assalamualaikum… Ayah!!!” Laung aku memanggil ayah sambil membuka kasut.

“Waalaikumussalam…” Ayah menjawab salam daripadaku.

“Ayah macam mana? Sakit lagi tak?” Aku memadang seraut wajah ayah dengan kasih sayang.

“Alhamdulillah… ayah sihat… uhuk!! Uhuk!!” Belum sempat ayah menghabiskan ayatnya, batuk bermula lagi.

“Macam ni ayah kata masih sihat? Tak kira, ayah kena makan ubat yang Uqasha beli. Uqasha tak mahu ayah terus sakit.” Aku mula bingkas berdiri untuk mengambil sudu di dapur, tetapi langkahku tiba-tiba terhenti.

“Kenapa Uqasha susahkan diri Uqasha sendiri? Uqasha sepatutnya simpan wang saku Uqasha ni.” Ayah mula membebel dengan kedegilanku.

Aku menarik muka masam.” Salahkah kalau Uqasha nak tolong ayah Uqasha sendiri? Salahkah kalau Uqasha tak mahu ayah Uqasha sakit? Salahkah?” Bertubi-tubi soalan aku hulurkan kepada ayah. Air mataku mula bertakung. Ya Allah, salahkah jika aku mahu menolong ayah aku sendiri? Aku bermonolog dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience