BAB 10

Family Completed 1184

“Merepek sajalah ayah ni. Kalau ada jodoh, Uqasha kahwinlah ayah.” Ujarku dengan penuh yakin. Walaupun, dahulunya hidup kami daif, papa kedana. Namun, hidup kami penuh dengan limpahan kasih sayang. Kasih sayang yang tak pernah terhenti walau dimamah bumi.

“Uqasha anak yang baik, anak yang solehah. Ayah dan ibu bangga dapat anak macam Uqasha. Terima kasih kerana memakbulkan permintaan kami berdua.” Ujar ayah menahan sebak.

Tanpa sedar, air matanya gugur jua. Aku menghakis air matanya menggunakan hujung jariku. Selama dua puluh lima tahun aku hidup. Ini merupakan kali pertama ayah mengalirkan air matanya di hadapanku. Subahanallah…

“Tak perlu ayah ucapkan terima kasih. Uqasha yang patut ucapkan terima kasih pada ayah. Tanpa adanya ayah dan ibu, Uqasha tak lahir di dunia ini. Uqasha sayangkan ayah dan ibu. Uqasha gembira sangat. Ayah tak sakit macam dulu lagi.” Aku tersenyum memandang wajahnya.

“Hm, bersyukur pada Allah. Ayah nak pergi solat iUqasha k. Uqasha dah solat?”

Aku menganggukkan kepalaku.

“Sudah ayah.”

“Hm, tak apalah, ayah masuk dalam rumah dulu.” Ujarnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Dari jauh, aku hanya memerhati susuk tubuh ayahku yang semakin hilang daripada anak mata. Aku mendongakkan kepalaku, melihat bulan yang bercahaya terang di dada langit.

Tambahan pula, dengan bintang yang berselerakan, turut bertambah cantik! Terima kasih Ya Allah atas kenikmatan yang engkau telah berikan kepadaku ini. Kata-kata ibu dan ayahlah yang menjadi aku semakin yakin untuk mengharungi kehidupan masa akan datang…

Semua kisah hidupku, aku coretkan dalam diari ‘lusuh’. Aku menutup kembali diari lalu aku letakkannya di atas meja.

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang tela diberikan kepadaku… Aku Bersyukur kerana Allah telah meniupkan ketabahan dalam jiwaku untuk menjadi perkasa dalam menghadapi segala liku-liku kehidupan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience