BAB 8

Family Completed 1184

“Kalau Uqasha mahu jadi anak solehah, Uqasha kena buatlah macam mana ibu cakap. Yang penting, sembahyang jangan tinggal kalau kita nak berjaya. Uqasha, ibu nak Uqasha belajar sungguh-sungguh. Ibu nak Uqasha berjaya macam orang lain. Ibu tak mahu anak ibu susah macam ibu, miskin macam ibu. Kalau Uqasha berjaya nanti, Uqasha boleh tolong ayah, tolong orang-orang susah. Betul tak?” Soal ibu sambil memicit kedua-dua belah pipiku sambil tersenyum manis.

Aku ketawa mengekek-ngekek.

“Uqasha nak tolong ibu jugak!”

“Yeka, nak tolong ibu? Terima kasih… mari dekat dengan ibu. Nak peluk anak ibu yang montel ni.” Ibu mengangkatku untuk duduk di atas ribanya lalu menggeletek pinggangku hingga meletus jua tawaku.

Kenangan itu tak luput ditelan bumi. Kenangan bersama ibu! Aku janji akan mengubah corak kehidupanku. Aku menghakis air mataku sambil memandang raut wajah ayah yang terpejam lena. Uqasha janji ayah!! Uqasha janji!!! Aku bermonolog.

SEDEKAD KEMUDIAN

Hidup aku sebelum ini, aku jadikan ia sebagai diari yang paling berharga. Aku sekarang bertugas sebagai penUqasha rah di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memakbulkan doaku.

Semasa aku menghadapi peperiksaan PMR, aku akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. Aku juga bersyukur kerana Allah telah memberi kepadaku ibu dan ayah yang baik hati dan penyayang.

Selepas itu, aku mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Namun, tawaran itu aku tolak. Aku ingin menjaga ayahku. Di dunia ini hanya ada ayah sahaja. Tiada yang lain!

Selepas itu, aku menghadapi peperiksaan yang paling penting dalam hidupku, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aku juga memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 9A+.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience