BAB 4

Family Completed 1254

Itulah kata-kata yang paling sakit yang pernah aku dengar. Sehingga kini, luka itu masih berbekas dalam hati. Jika ditoreh sekali lagi, pasti darahnya tak henti.

“Belang, Uqasha nak pergi sekolah dah ni. Belang tolong tengokkan ayah. Okeylah, Uqasha nak pergi sekolah dah ni. Balik nanti kita main bersama ya.” Ujarku lantas memakai kasut lusuhku yang hampir tercabut tapak kasut. Setiap bait-bait itu, aku bagai menganggap Belang memahaminya.

“Ayah, Uqasha nak pergi sekolah dah ni!!!” Jerit aku dari luar rumah.

“Tunggu sekejap Uqasha.” Ujar ayah sambil berlari anak ke arahku sambil terbatuk-batuk.

“Eh, ayah! Janganlah lari. Ayahkan masih belum sihat.” Aku menasihati ayah sambil memandangnya dengan penuh kerisauan. Kalau ikutkan hati, tidak mahu aku hadir ke sekolah. Tetapi, kata-kata hikmat daripada ayah semalam umpama menyuntik semangat untuk aku kembali ke alam realiti.

“Nah, ambil wang saku ni.” Ayah menghulurkan not seringgit kepadaku.

Aku menahan sebak! Aku menolak huluran itu dengan lembut.

“Ayah, wang saku Uqasha banyak lagi. Balik nanti Uqasha belikan ubat untuk ayah ya. Uqasha nak ayah sihat. Uqasha tak mahu ayah sakit. Uqasha sayang ayah. Uqasha tak sanggup kehilangan ayah.” Ujarku menahan sebak.

“Ayah pun sayangkan Uqasha.”

“Baiklah, Uqasha pergi sekolah dulu ya. Assalamualaikum…” Aku cium tangan tua ayahku dengan penuh rasa hormat.

“Waalaikumussalam…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience