Khaleeda memandang Catherine dengan senyuman. Di hadapannya juga ada Faridah yang hanya bersantai di atas sofa di ruang tamunya. Mereka berdua seperti melayani perasaan sendiri tetapi, Khaleeda tahu apa yang bersarang di benak fikiran mereka terutamanya Catherine yang masih lagi keliru.
“Qa’qa’ sihat, Cat?” Catherine hanya mengangguk, masih cuba mencari kekuatan untuk memulakan bicara bersama Khaleeda.
“Ke sekolah?” Catherine hanya mengangguk lagi.
“Awak nak tahu kenapa saya jemput ke mari?” Khaleeda tersenyum sahaja melihatkan Catherine masih mengulangi aksi yang sama.
“Faridah, bagaimana persiapanmu?” Khaleeda mengalihkan pertanyaannya kepada Faridah. Dia tahu, buat masa ini- biarlah Catherine duduk bertenang diri terlebih dahulu dan suasana seperti ini akan menjadi akan lebih hambar sekiranya terus-menerus sunyi dan hanya dia sahaja yang bersuara. Di juga pasti Faridah pasti akan dapat ‘membantunya’ memecahkan keheningan ini.
“Banyak perkara sudah beres, tunggu masa yang sesuai sahaja.”
“Ada apa-apa yang perlu bantuanku?”
“Oh, ya.. saya dah ada perkara nak beritahu Cat-”
“Er, saya?” Catherine kehairanan, matanya tak lepas memandang Faridah.
Faridah kemudiannya bangkit dari sofa dan duduk pula di sebelah Catherine. Di tangan Faridah itu terdapat fail-fail yang dipegang rapi dan diserahkan fail-fail tersebut kepada Catherine. Faridah mengisyaratkan Catherine bersegera untuk membuka dan meneliti dokumen tersebut kerana kelihatan Catherine seperti ragu-ragu untuk menerimanya.
“Eh, apa ni?” Catherine kaget setelah meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut. Dia memandang wajah Faridah seperti tidak percaya.
Faridah dan Khaleeda saling berpandangan dan kedua-dua mereka kemudian memandang Catherine sambil tersenyum- sepertinya reaksi Catherine itu amat mencuit hati mereka berdua.
“Ada apa yang tak kena, Cat?” Faridah tersenyum manis.
“Are you serious?” tanya Catherine, inginkan kepastian.
“Yes, I am. What’s wrong with that?” soal Faridah pula seperti bermain-main dengan pertanyaan Catherine.
“It’s too much for both of us!”
“Remember, Cat- with a condition. If you agree with that- then, it’s yours.” Faridah menjelaskan. Catherine mulai ragu-ragu.
Faridah menjeling kepada Khaleeda yang hanya tersenyum melihat situasi sedemikian. Dia mengisyaratkan Khaleeda untuk turut serta melalui permainan matanya dan tentunya Khaleeda memahami apa tindakan untuk dia lakukan- sepertinya perkara ini bagai dirancang oleh mereka berdua walaupun pada hakikatnya bukanlah sedemikian.
“Begini, Cat- sebagai seorang saintis, Faridah akan turut serta dalam misi bersama abang Fateh. Saya pun tidak dapat menyertai mereka kerana ada keperluan mereka dan urusan-urusan lain di sini. Jadi, sepeninggalan mereka- saya akan menjaga kebajikan awak dan Qa’qa. Saya tidak mahu abang Fateh risaukan awak dua beranak-”
Terhenti seketika Khaleeda untuk meneruskan bicara kerana melihat wajah Catherine yang berubah. Muka Catherine mulai merah dan matanya mula berkaca-kaca. Tatkala melihat keadaan ini, Faridah yang duduk bersebelahan Catherine segera mendakap dan menepuk-nepuk belakang Catherine dengan lembut- cuba meredakan gejolak perasaan wanita itu.
“Apa yang ditinggalkan kepada kamu dua beranak bukanlah sebagai pengganti kepada abang Fateh tetapi, hanya sekadar ‘jaminan’ untuk awak dan Qa’qa’ pada masa hadapan. Begitu pun, syaratnya itu- awak dan Qa’qa’ tinggallah dengan saya di villa ini. Sekiranya, awak dua beranak ada di sini, dapatlah saya menjaga awak berdua. Itu saja permintaan saya.” kata Khaleeda dengan lembut dan penuh berbahasa. Dia faham benar dengan sifat Catherine yang cengeng itu- tentu saja sesiapa yang mendengar kelembutan dan kemerduan suara Khaleeda akan berasa ‘cair’ dan damai menusuk ke hati.
Faridah hanya tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia sendiri- sebagaimana Khaleeda amat kasihkan Catherine dan Qa’qa’. Kalau Khaleeda dipanggil bonda, Faridah sendiri dipanggil ibu oleh Qa’qa’. Sungguh bertuah Qa’qa’ mempunyai 3 orang emak yang penyayang seperti mereka bertiga.
“Er, saya-”
“Janganlah malu dan segan- kita bertiga ini bukanlah orang lain. Saya dan Faridah sayangkan awak dan Qa’qa’ sebagaimana abang Fateh menyayangi kamu berdua.”
Air mata Catherine mulai mengalir deras kerana terharu mendengarkan kata-kata Khaleeda tersebut. Segera dia mendapatkan Khaleeda dan memeluknya dengan erat. Faridah kemudiannya turut menyertai mereka berdua dan mereka bertiga saling berpelukan. Suasana di dalam villa tersebut menjadi damai atas keakraban mereka- hanya sesekali terdengar Catherine yang tersedu sedan menahan rasa terharunya.
*******
Sejak pertemuan bersama Khaleeda dan Faridah, perhubungan mereka berdua dengan Catherine semakin rapat dan ‘bersama’. Catherine tidak lagi rasa keterasingan, walaupun sebelum ini hubungan mereka sebenarnya baik-baik sahaj terutamanya, Khaleeda yang telah menjaga keperluan Catherine semasa berpantang. Namun, kali ini lebih istimewa dan ‘intim’ seperti tiada rahsia antara mereka bertiga.
Catherine tahu melalui ‘penceritaan’ Khaleeda yang ‘istimewa’ tempohari, dia bukan sahaja mengenali Khaleeda atas apa yang dilihat dari luarannya tetapi, meliputi pengalaman Khaleeda tentang apa yang telah berlaku dalam suatu tempoh masa yang tertentu termasuk status Khaleeda sebagai isteri Fateh- dan juga tentang Faridah. Apa yang ‘difahami’ oleh Khaleeda bukan hanya meliputi perasaan seorang isteri yang bermadu, kecemburuan dan hak tetapi mencakupi pandangan Khaleeda tentang perkara yang lebih besar daripada itu- prinsip perjuangan dan kasih sayang yang sangat tinggi- bagai meresap masuk ke minda Catherine yang ‘kosong’ tentang hal-hal yang sedemikian.
Tentu saja pada permulaannya, Catherine menjadi keliru, risau dan murung kerana pendedahan yang sebegitu banyak ‘perkara-perkara baru’ mengalir begitu mendadak dan amat jelas dalam pemikirannya seperti melihat layar terbentang di ruang mata. Ini bukan sekadar ‘brainwash’ yang biasa, ini adalah suatu misteri yang tidak boleh dirungkaikan dengan kata-kata yang mudah. Ianya bukan sahaja bercerita tetapi biasa mengolah perasaan, semangat dan logik akal ke dalam suatu pengertian di dalam sudut hati yang sangat dalam.
Apatah lagi apabila melihat keikhlasan Khaleeda dan Faridah terhadap diri dan anaknya. Keikhlasan itu bukan sekadar apa yang Catherine dapat rasakan pada perasaannya semata tetapi, apa yang telah dilakukan oleh Khaleeda dan Faridah melebihi apa yang patut kepada dirinya.
“Dari mana tadi?” tegur Fateh melihat Catherine melangkah masuk ke ruang tamu. Ceria saja wajah Catherine hari ini.
“Girl’s outing!” sahut Catherine dan segera mendapatkan Fateh. Segera direbahkan kepalanya ke atas ribaan Fateh yang sedang bersantai di atas sofa panjang.
“Sayang, should I call them kakak?”
“Siapa?” Fateh buat-buat tak faham.
Catherine muncung mendengarkan jawapan Fateh. Fateh hanya ketawa kecil lalu, membelai huraian rambut Catherine yang berada di atas ribaannya.
“My kakak lah, your wives kan?” Catherine mencebik.
“Sepatutnya begitulah.” ringkas saja balasan Fateh, masih lagi tertawa melihat tingkah laku Catherine yang masih manja walaupun kini sudah menjadi seorang ibu.
“Hmmm… OK… but, which one did you love the most? I ke, Kak Khaleeda or Kak Faridah?”
‘Ah, sudah-’ bisik hati Fateh. Soalan perangkap seperti ini tentunya bukan senang untuk dijawab olehnya. Silap jawab boleh membawa ‘murka’. Fateh boleh ‘mengharapkan’ Khaleeda atau Faridah tidak akan bertanyakan soalan seperti ini kepadanya tetapi, bukan Catherine. Catherine lebih ‘tulus’ soal perasaannya.
“Cepat la sayang, I need to know this.” desak Catherine.
“Er-” Fateh masih berkira-kira tentang jawapannya.
“Hmmm…” Catherine cuba memprovokasi, menambahkan derita Fateh.
“OK, siapa yang awak paling sayang? Mak ke atau ayah?” soal Fateh kembali kepada Catherine. Catherine pula menjadi bingung dengan pertanyaan Fateh itu.
“Hey, it’s not fair!” laung Catherine apabila melihat Fateh mulai ‘cabut’ dari sofa tersebut.
“Awak jawab tu dulu!” sayup-sayup saja balasan Fateh yang telah hilang dari pandangan Catherine menuju ke bilik air. Catherine mencebik. Sungguh, hari ini dia tidak mendapat jawapan Fateh tetapi, dia tetap bahagia sebegitu.
Share this novel