The Big Boss 2 (Demi Masa) ini merupakan sekuel daripada naskhah The Big Boss (Bangsa Ini Ada Tuannya) yang pertama , masih mengekalkan elemen-elemen misteri, pengembaraan, aksi dan sejarah. Kali ini, saya ingin membawa anda menyelusuri dengan lebih mendalam di suatu zaman kegemilangan Kesultanan Melayu dan peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku secara fakta, fiksyen dan mitos yang berlegar di sekitarnya. Semestinya misteri wormhole atau Pintu Dunia itu akan diangkat lagi oleh penulis kerana prekuelnya misteri ini masih belum terungkai.
Kepada pembaca-pembaca yang masih baru menjengah, saya sarankan anda membaca terlebih dahulu The Big Boss yang pertama untuk memahami watak-watak yang terlibat dan sangat-sangat disyorkan untuk memulakannya dengan Lakaran Cinta Dari Kota Birmingham (yang turut berkongsi watak-watak tertentu dalam The Big Boss).
Setelah hampir 2 tahun berehat dari dunia penulisan kerana kesibukan dengan tugas hakiki, saya hanya menyimpan idea dan cita-cita untuk menulis semula namun atas sebab kekangan masa, tidaklah dapat saya menggarap segala apa yang difikirkan ke dalam sebuah naskhah. Justeru, dengan sedikit kesempatan untuk kembali semula menulis, saya mengharapkan pembaca-pembaca tegar The Big Boss masih setia untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada The Big Boss 2 ini. Semoga dengan doa dan sokongan anda tersebut menjadi asbab yang dapat mendorong saya untuk terus berkarya.
Jangan lupa share, like dan komen ya!
Terima kasih daun keladi,
Share this novel