4

Romance Series 1501

Pagi itu Azzad bersarapan bersama Hizam di cafe resort.Mereka ade pengunjung yang perlu dilayan sebentar lagi.Dan ia memerlukan tenaga yang banyak kerana ia melibatkan aktiviti yang boleh tahan jugak lasaknya.

selesai sahaja bersarapan,mereka menuju ke Extreme Park.Di situlah mereka bekerja.
Azzad memasuki bilik rehat di mana pekerja lain sedang bersantai di dalamnya.
Buku rekod pengunjung disemak.Dia mahu tahu berapa ramai pelanggan yang akan menggunakan perkhidmatannya.
Kerana hari ini dia agak letih.Azzad hanya akan mengendalikan pengunjung yang membuat tempahan mengikut hari.Manakala pengunjung yang ingin melakukan aktiviti extreme secara on the spot tanpa menempah hari terlebih dahulu akan dikendalikan oleh pekerja lain.

Buku rekod itu terus diperhatikan.Helaian demi helaian disemak.Sehingga helaian bertarikh hari ini,tangannya berhenti.ATV Dan jungle trekking.Dialah guide nye.Ape yang membuatkan dia menjadi semakin penat ialah bila melihat gerangan nama pelanggan yang tertera di halaman tersebut.Perempuan!!!!.

"Semua perempuan Kerr?"

Luah juga pertanyaan Itu dari bibirnya.Satu,keluhan dilepaskan.

"Emm..rasenye macam biasa la perempuan buat reunion"

Badrul di sebelah menjawab pertanyaannya.Bukan ape.Semua dah tahu kalau perempuan habis Azzad dikerjakan.Kena jadi model untuk mereka yang nak bergambar dengannya.Dia juga kena melayan perempuan yang kononnya tercedera semasa melakukan aktiviti.Dan Ade juga yang over scary sebab nak sentiasa didampingi.Mengenangkan itu semua ,Badrul menjulingkan matanya ke atas.Dia yang bukan Azzad pun dah menyampah dengan perangai perempuan yang tak tahu malu.

"Kau dah kenapa bro.Mata macam tu?"

Haikal yang perasan dengan riak wajah Badrul terus bertanya.

" Haisshh...macam biasa la.Menyampah"

Spontan Badrul menjawab.

"Apepun bertabahlah Az.Itu namanya godaan syaitan bila kita nak buat kerja ni.Kau jangan sesekali kecundang"

Tambahnya lagi bila melihat Azzad yang terdiam dari tadi.Kesian juga dia melihat Azzad.Selalu didekati walaupun tidak diingini.Nasib baik tiada yang bersangka buruk dengannya atau melemparkan segala toh mahan seperti 'sengaja nak mengorat' atau 'ambik kesempatan'.Lagi pun siapa yang berani cakap begitu.Tempat ni dia yang punya!!.

Dengarkan kata-kata dari Badrul, dia tersenyum.Azzad meraut muka sekali sebelum bangun dari posisi duduk.

"OK lah.Dah jom Bad,Zam.Amin mane?"

Azzad bertanya memandangkan kelibat Amin langsung tidak kelihatan.Untuk aktiviti ini dia , Hizam , Badrul dan Amin yang akan mengendalikannya.

"Amin kat luar tgh prepare ape yang patut"

Haikal menjawab setelah melabuhkan duduknya di kerusi Azzad tadi.

"OK ! Kami gerak dulu"

"Hati-hati weii dengan segala cabaran dan dugaan"

Pesan Haikal sambil menayangkan sengih.
Mereka berempat yang jelas mendengar pesanan itu juga turut tersenyum.Ya mereka tahu ape makna tersiratnya.Bukanlah cabaran dalam mendaki bukit untuk aktiviti jungle trekking nanti.Tapi ialah dugaan menghadapi kerenah perempuan GEDIK!!.

Husna menyediakan beberapa keperluan untuk dimasukkan ke dalam bagpack.Dia sudah mengetahui Segala keperluannyan nanti kerana ini bukanlah kali pertama dia melakukan aktiviti jungle trekking.Begitu juga dengan rakan-rakannya.

Setelah selesai semua , dia menggalas bagpacknya Dan memakai kasut sport.
Sekilas dia memandang cermin bersebelahan pintu untuk membetulkan tudung bawal berwarna hitam yang dipakainya.Perfect!! Tudung labuh, baju muslimah , seluar track , stokin dan kasut sukan.Dalam melakukan aktiviti lasak, auratnya tetap dijaga.Dia bersyukur kerana ada rakan yang sama seperti dia.Tetap mengekalkan identiti sebagai seorang muslimah dalam apa jua keadaan.Pernah ada seorang pakcik menegur mereka semasa mereka mendaki Bukit Batu Putih di Port Dikson.Pakcik itu memuji mereka yang masih menjaga aurat semasa hiking.

OK sekarang ni dia sudah tak sabar untuk trekking.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience