2

Romance Series 1501

Kereta diparkir di kawasan yang disediakan.Dari jauh dia sudah dapat melihat rakan-rakannya yang sedang berkumpul di satu ruangan di tengah lobi resort.Kaki melangkah menghampiri rakan-rakannya yang sudah melambai-lambai ke arahnya.

"Assalamualaikum... Korang dah daftar ke?"

Tanya Husna sebaik melabuhkan duduk di sofa yang kosong.

"Dah, Kau satu bilik ngan aku and Awin.OK?"

Kata Liza sambil menunjukkan card bilik.

"OK."

Mereka datang ke situ hanya seramai sembilan orang.Aina, Qistina dan Haifa akan duduk sebilik manakala Yana, Rasya dan Amni sebilik.Dan dia ,Liza dan Awin akan sebilik.

Husna yakin percutian ini akan menyeronokkan.Lagi-lagi bersama rakan-rakan yang dia sayangi.Ya!dia senang berkawan dengan mereka kerana rakan-rakannya bukanlah kaki social.Bukan juga kaki mencarut.Melatah pun tidak. Bercouple lagi la tak. Cuma kaki bergambar. Yang tu sudah tentu.Ye la untuk diabadikan sebagai kenangan katakan Dan apa yang penting mereka sekepala dalam melakukan sesuatu perkara.That's why la percutian ni senang je nak set walaupun hanya berbincang dua hari.

Husna,Liza Dan Awin mengorak langkah ke dalam bilik mereka.Cantik!!!.Selesai saja meletakkan beg di atas meja , dia malabuhkan duduk di birai katil.Awin dan Liza sudah terbaring di atas katil.Penat barangkali.Dalam otaknya kini hendak bersiar-siar sebentar di resort ini.Husna kembali berdiri.

"Weii!!! aku nak pegi jalan-jalan jap eh"

ujar Husna yang sudah memegang tombol pintu.Terus terbuka mata Awin.Liza di sebelah masih melayan ngantuknya.

"Nak ikuutt"

Awin teruja.

"Emm.. korang pegilah .Aku nak tidur kejap.Penat "

Liza sudah menguap.Matanya kembali terkatup.

"OK kitaorang gerak dulu eh"

Husna sempat mencapai kamera . Dia ingin merakamkan kenangan yang indah di sini.
Mereka berjalan melalui lobi hotel untuk pergi ke pantai.Sambil mereka berjalan, terdengar bunyi terjatuh.Husna dan Awin segera memandang ke arah tempat yang mengeluarkan bunyi Itu.Kelihatan seorang pekerja lelaki sedang mengangkat beg yang terjatuh dari troli.Awin segera mengatur langkah untuk menolong pekerja Itu.

Tidak pula Husna.Dia sebaliknya menekan butang on kameranya dan menangkap beberapa keping gambar kejadian Awin yang sedang menolong pekerja Itu.Wah!!! pemandangan yang indah.Bagi dia itu bukanlah setakat gambar biasa tetapi ia mempunyai nilai yang tinggi.

Pekerja lelaki yang terperasan akan tindakan Husna mengambil gambar Itu berdiri kaku.Dia memandang gadis Itu.

Alamak!!! dia perasan ke.

Husna bermonolog dalam hati.Husna cuba memandang pekerja lelaki Itu dan melemparkan senyuman.Pekerja lelaki Itu membalas senyuman lalu mengangguk kecil.

Fuhh!! Nasib baik dia tak marah.

Dia kemudiannya berkata sesuatu pada Awin dan terus berlalu.Mengucapkan terima kasih mungkin.

"kau tangkap gambar ea tadi"

soal Awin yang menghampiri Husna.

"Eh mana kau tahu?"

Pelik!! rasanya Awin berdiri membelakinya semasa menolong pekerja tadi.

"Stuff tadi bagitau.Dia kata 'Nanti pesan kat kawan awak kalau nak ambik gambar cari la pemandangan yang indah sikit' "

Awin mengajuk semula apa yang didengarinya.Kata-kata Itu mengundang tawa Husna.

"Aku bukannya setakat ambil gambar yang best tapi ada maksud Dan membuatkan orang tersenyum bila melihat gambar tu.Macam kau tengah tolong orang tadi"

Panjang lebar Husna cuba menerangkan.Awin mengangguk setuju.

"Ye aku tahu aku dah cakap dah kat mamat tu tadi. Dia cuma diam dan angguk.Tak cakap apa-apa pun".

Hmm baguslah Awin bagitau dia.Sekurang-kurangnya takdelah dia salah faham .Karang tak pasal-pasal dia ingat aku nak usyar dia.Wah.. memang tak la.Tahu dek ayah , mampus aku dikerjakan.

Sampai saja di tepi pantai , Husna terus menikmati udara yang segar. Awin, dia sudah tidak tahu ke mana.Nampak saja pantai tadi terus berlari. Serupa budak kecil Husna melihatnya. Angin meniup lembut.Mata dipejam seketika. Biasa la. Feeling orang tengah bercuti. Tangisan budak kecil yang tiba-tiba membuatkan Husna membuka matanya semula. Dilihatnya seorang kanak-kanak yang sudah tertiarap di atas pasir sambil menangis.Dari jauh seorang wanita dalam lingkungan 30an menghampiri anak Itu.Ibunya mungkin.Wanita itu kemudiannya mengangkat anak kecil itu dan membuang pasir yang melekat di telapak tangan anaknya.

Husna tersenyum. Lantas tangannya mencapai kamera yang tersangkut dibahu.Dia ingin merakam pemandangan yang menarik baginya.Pemandangan yang penuh dengan kasih sayang seorang ibu.

"Pandai awak cari view"

Seseorang berkata di sebelahnya.Jarak mereka tidaklah terlalu dekat.Tetapi kata-kata lelaki itu jelas kedengaran di telinga Husna.Husna menoleh ke tepi.Memandang sekilas lelaki di sebelah sebelum matanya tertumpu ke hadapan semula.

'Alamak ni pekerja tadi...Dia cakap ngan aku ke?' Husna menggumam di dalam hati.Terpandangkan telefon yang berada di tangan pekerja itu, dia berfikiran mungkin lelaki itu berbual dengan seseorang di telefonnya. Husna mengambil langkah untuk pulang ke bilik.Jam sudah menunjukkan 4:56. Dia harus menunaikan solat asar! Lagi pula dia ingin lari dari situasi yang menjengkelkan itu.Selepas itu dia ingin berehat. Esok mereka akan melakukan beberap aktiviti .Jadi dia perlu bersedia untuk itu.Menyimpan tenaga yang mencukupi untuk satu hari yang menyeronokkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience