3

Romance Series 1501

Tingkap bilik dibuka.Husna menghirup udara yang cukup menyegarkan.Baru 6.00 pagi.Jadi suasana yang dapat dilihatnya itu sangat menyenangkan.Tidak ramai orang di luar. Mungkin masih diulit mimpi.Cuma kelihatan beberapa orang pekerja resort yang bermundar- mandir menjalankan tugas.

Terdetik di benaknya untuk merakamkan sesuatu yang pasti menyeronokkan.Lantas kamera dicapai.Laju sahaja dia keluar dari bilik.Dia pun tidak pasti ingin ke mana.Jadinya dia hanya membawa diri ke mana sahaja kakinya melangkah.Matanya meliar melihat persekitaran di resort itu.

Terselit kekaguman pada pemilik resort itu kerana berjaya menghasilkan sebuah tempat percutian yang cukup menakjubkan.Sempurna.Sudah tentu.Kerana resort Itu sudah berjaya menarik minatnya.Dari segi susunan resort yang disempurnakan dengan landskap yang indah sehinggalah susun atur perabotnya yang menarik.Kesemua itu membuatkan dia berasa tertarik Dan jatuh hati.Dan yang paling istimewa ia dilengkapi pelbagai kemudahan seperti library dan kelab taekwando yang memang jarang ade di resort lain.Atau mungkin tiada.

Dalam memerhati kawasan sekeliling, tanpa sedar kakinya membawa dia ke sebuah kawasan yang sedikit jauh dari biliknya.Ia terdapat beberapa biji bilik tetapi dia yakin itu bukan bilik untuk pengunjung kerana ia terletak sebiji- sebiji.Ia kelihata. seperti rumah Husna terus berjalan.Setiap rumah masing-masing mempunyai papan tanda.Ooooo rumah pekerja rupanya.Dibacanya satu persatu.

"Afzan, Hafiz, Amir, Khuzairan...."

Ketika dia menyebut nama di rumah keempat, ada suara menegurnya.

"Cik? cik perlukan ape2 ke"

Tanya seorang lelaki.Dari percakapannya seperti pekerja di sini.Tapi T-shirt kelabu yang dipakainya bukan T-shirt pekerja di sini.

"Emm...Tak de ape.Saje je jalan-jalan kat sini.Saya pergi dulu"

Husna membalas lembut.Sedar yang dia mungkin dah terlajak berjalan , jadinya dia meminta diri untuk berlalu.

Lelaki tadi memandang pelik sebelum matanya menghantar pemergian gadis itu.

"Hei !! Tengok ape tu, Zam?"

Sergah rakannya dari belakang.Hizam memandang kawannya sebelum tersenyum.

"Takde apelah.Cuma tadi aku rasa ade awek ni nak usya kau lah , Az.Dari tadi dia hendap je rumah kau"

Hizam menepuk-nepuk bahu rakannya yang dipanggil Az itu.

"Hati-hati ah wei.Aku risau peminat yang fanatik sangat ni jadi berbahaya pulak nanti"

Hizam menambah lagi.Kata -kata itu mengundang tawa rakannya.Az cuba mencari gerangan yang dimaksudkan Hizam.Tapi bayangnya langsung tidak kelihatan.

"Kau jangan gelak .Kena nanti padah tahu"

Hizam tidak berhenti menasihati rakannya itu.Semakin hari semakin dia risau kerana semakin hari semakin ada perempuan yang galak cuba menggedik dengan rakannya.Bukan cemburu tapi RISAU.Bukannye die tak tahu.Perempuan yang jenis tak malu ni kalau tengok rupa ade, kerjaya ade semua on.Ya ! kawannya ini Azzad Khuzairan selalu jadi perhatian.Bukan sahaja kerana rupa dia tapi kerjaya dia.Dia seorang yang berkerjaya.Dia bukanlah pekerja biasa!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience